Pembangunan modul pembelajaran lukisan kejuruteraan bagi pelajar KUiTHHO

Muhamad Yusoff, Hasyimunfazlie (2003) Pembangunan modul pembelajaran lukisan kejuruteraan bagi pelajar KUiTHHO. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
HASYIMUNFAZLIE MUHAMAD YUSOFF - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
HASYIMUNFAZLIE MUHAMAD YUSOFF - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (273kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HASYIMUNFAZLIE MUHAMAD YUSOFF - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Objektif pembangunan modul ialah isi kandungan modul mestilah memenuhi kurikulum subjek Lukisan Kejuruteraan, mempunyai tahap kebolehlaksanaan yang tinggi serta bersifat mesra pengguna. Skop kajian menjurus kepada pelajar Ijazah Saijana Muda PTV di KUiTTHO. Rekabentuk kajian ialah berbentuk deskriptif. Manakala jenis kajian ialah kuantitatif iaitu kajian yang melibatkan pengumpulan data. Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang mempunyai beberapa bahagian yang boleh menjawab persoalan kajian. Kaedah analisis yang digunakan ialah Alpha Cronbach untuk mencari nilai kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai kebolehpercayaan daripada kajian rintis ialah 0.8039. Analisis dijalankan menggunakan perisian SPSS. Data dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai skor min, frekuensi dan peratusan. Sampel kajian seramai 23 orang telah dipilih ketika Post Test dijalankan. Hasil daripada analisis data menunjukkan nilai skor min bagi bahagian isi kandungan ialah 4.08. Manakala dari aspek tahap kebolehlaksanaan pula, nilai skor min ialah 4.18. Nilai skor min bagi aspek mesra pengguna ialah 4.17. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa modul pembelajaran yang dibangunkan ini mememenuhi objektif penghasilan modul berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan. Pengkaji mencadangkan modul ini dimumikan lagi ke dalam bentuk CD serta pertambahan isi kandungan supaya dapat digunakan oleh pelajar lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA174 Engineering design
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 02 Nov 2021 00:54
Last Modified: 02 Nov 2021 00:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2950

Actions (login required)

View Item View Item