Penghasilan sistem e-template modul pusat pendidikan berterusan (PPB) KUiTTHO : kajian kebolehgunaan di KUiTTHO

Samsudin, Intan Shazila (2003) Penghasilan sistem e-template modul pusat pendidikan berterusan (PPB) KUiTTHO : kajian kebolehgunaan di KUiTTHO. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
INTAN SHAZILA SAMSUDIN - 24p.pdf

Download (3MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
INTAN SHAZILA SAMSUDIN - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (200kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
INTAN SHAZILA SAMSUDIN - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan e-learning yang semakin pesat memberi saingan dan cabaran baru kepada setiap institusi pendidikan. Oleh yang demikian, perancangan yang strategik seperti promosi yang berkesan, penyediaan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dan fleksibel amatlah diperlukan untuk memastikan perlaksanaan yang beijaya. Kajian yang berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk membangunkan Sistem e -Template Modul Pusat Pendidikan Berterusan (PPB), KUiTTHO, dan menilainya dari aspek kualitatif dan kuantitatif. Penilaian dilakukan ke atas kebolehgunaan, mesra pengguna dan kesesuaian ciri-ciri sistem tersebut. Sampel kajian beijumlah 30 orang dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Data-data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 11.0 (SPSS). Analisis data adalah melibatkan skor min dan Korelasi Spearman's rho. Dapatan kajian menunjukkan sistem e-Template Modul amat diperlukan oleh pensyarah KUiTTHO. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa kebolehgunaan dan mesra pengguna berada di tahap tinggi (skor min 3.81 dan 3.93) sementara kesesuaian ciri-ciri berada di tahap sederhana (skor min 3.78). Walau bagaimanapun, keberkesanan sistem adalah pada tahap yang tinggi (skor min 3.84). Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman pensyarah dan persepsi kebolehgunaan sistem. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa sistem boleh digunakan oleh semua lapisan pengguna tanpa memerlukan pengalaman dalam pembangunan modul. Pada masa hadapan, diharapkan kajian lebih menyeluruh dapat dilakukan terutamanya dari aspek rekabentuk dan ciri-ciri e- Template Modul yang lebih baik bagi mengatasi kelemahan sistem yang telah dibangunkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1051-1072 Professional education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 02 Nov 2021 00:54
Last Modified: 02 Nov 2021 00:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2953

Actions (login required)

View Item View Item