Lai, Lenny Mei Lan (2008) Pengaruh motivasi dalam kreativiti pelajar kejuruteraan UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
LENNY LAI MEI LAN - 24p.pdf Download (1MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
LENNY LAI MEI LAN - declaration.pdf Restricted to Repository staff only Download (427kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
LENNY LAI MEI LAN - fulltexts.pdf Restricted to Registered users only Download (12MB) | Request a copy |
Abstract
Kreativiti menjadi agenda penting dalam sektor kejuruteraan pada masa sekarang. Salah satu cara bagi seorang jurutera khususnya untuk menjadi kreatif adalah mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan individu itu tidak kreatif. Maka dengan itu, fokus kajian ini adalah mengkaji sama ada aspek motivasi mempengaruhi kreativiti pelajar kejuruteraan di UTHM. Sehubungan itu, tesis ini dijalankan untuk menjawab empat objektif kajian yang merangkumi empat persoalan kajian dan tiga hipotesis kajian. Kaedah kuantitatif digunakan di mana sampel kajian terdiri daripada 330 orang pelajar dari tiga Fakulti Kejuruteraan di UTHM. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan sampel bertujuan. Data-data kajian diperolehi dengan menggunakan instrumen sedia ada yang telah diterjemah iaitu Work Preference Inventory (Amabile, Hil, Hennessey dan Tighe, 1995). Statistik min digunakan untuk melaporkan data deskriptif manakala ujian ANOVA sehala dan ujian-T pula digunakan untuk menentukan perbezaan faktor motivasi antara pembolehubah-pembolehubah kajian. Perisian SPSS versi 12.0 telah digunakan bagi tujuan penganalisisan data. Data dinilai pada tahap kesignifikan iaitu 0.05. Kajian mendapati tahap faktor motivasi dari segi aspek keseronokan, cabaran, ganjaran dan orientasi luaran berada pada tahap sederhana sahaja. Manakala motivasi intrinsik pelajar kejuruteraan adalah lebih tinggi berbanding dengan motivasi ekstrinsik mereka. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaaan yang signifikan antara aspek faktor motivasi di mana aspek keseronokan adalah lebih tinggi daripada aspek orientasi luaran. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari segi faktor motivasi yang mempengaruhi kreativiti pelajar kejuruteraan UTHM. Namun, terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara pelajar kelulusan SPM/STPM/Matrikulasi dan pelajar kelulusan Sijil/Diploma dari segi faktor motivasi yang mempengaruhi kreativiti mereka.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Miss Nur Rasyidah Rosli |
Date Deposited: | 02 Nov 2021 00:59 |
Last Modified: | 02 Nov 2021 00:59 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2962 |
Actions (login required)
View Item |