Keberkesanan penggunaan model dalam pengajaran dan pembelajaran lukisan geometri dan binaan bangunan mempengaruhi prestasi pelajar di sekolah menengah teknik

Abdullah, Mariam (2002) Keberkesanan penggunaan model dalam pengajaran dan pembelajaran lukisan geometri dan binaan bangunan mempengaruhi prestasi pelajar di sekolah menengah teknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
MARIAM ABDULLAH - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MARIAM ABDULLAH - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (307kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MARIAM ABDULLAH - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keberkesanan pengunaan model dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Geometri dan Binaan Bangunan mempengaruhi pelajar di Sekolah Menengah Teknik. Ianya melihat kepada beberapa objektif khusus dalam menentukan keberkesanan penggunaan model dalam matapelajaran Lukisan Geometri dan Binaan Bangunan. Di antara faktor-faktor tersebut adalah dari segi minat, sikap serta kaedah pengajaran guru yang terlibat. Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian yang dilihat iaitu terhadap minat, sikap dan kaedah pengajaran yang digunakan. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah borang soal selidik dan sebuah model. Data yang diperolehi dianalisa dan dipermudahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Kajian ini mendapati bahawa pelajar mempunyai minat dan sikap yang cukup positif terhadap Lukisan Geometri dan Binaan Bangunan. Pelajar amat tertarik pada kaedah penggunaan model dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Geometri dan Binaan Bangunan. Guru perlu memainkan peranan penting dalam membantu memepertingkatkan prestasi para pelajar yang mengambil matapelajaran Lukisan Geometri dan Binaan Bangunan ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T351-385 Mechanical drawing. Engineering graphics
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 02 Nov 2021 01:01
Last Modified: 02 Nov 2021 01:01
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2966

Actions (login required)

View Item View Item