Fenomena “deanlets” dan orde baru tadbir urus universiti awam

Jaes, Lutfan and Zainal Abidin, Zuhaila Anida (2020) Fenomena “deanlets” dan orde baru tadbir urus universiti awam. In: Pena birokrasi. Penerbit UTHM, pp. 123-136. ISBN 978-967-2389-99-6

[img] Text
Bab10.pdf
Restricted to Registered users only

Download (352kB) | Request a copy

Abstract

Penulisan ini bertitik tolak daripada sebuah buku bertajuk Public Universities, Managerialism and value of Higher Education tulisan Prof. Rob Watts dari RMIT University, Melbourne, Australia terbitan Palgrave Macmillan (2017). Buku ini secara kritis memerihalkan dilema urus tadbir universiti awam dengan nilai pendidikan tinggi masa kini. Bab 6 dengan tajuk The Rise of Manageriat dipilih khusus bagi rujukan urus tadbir universiti awam di Malaysia. Paling mencuri perhatian ialah satu fenomena baru dalam tadbir urus di IPTA iaitu kewujudan “Deanlets”. Ia merujuk kepada orang yang mempunyai ijazah pasca-siswazah tetapi tidak menjadi staf akademik. Malah mereka mengejar kerjaya sebagai pentadbir. Akhirnya terdapat premis menyatakan bahawa universiti awam masa kini telah menjadi sebuah perbadanan perniagaan transnasional yang beroperasi dalam global knowledge economy yang kompetitif. Malah beberapa kajian akademik, menegaskan bahawa universiti telah banyak “dipasarkan” atau melalui proses “rasionalisasi” oleh Orde Baru Tadbir Urus ini. Hasilnya adalah institusi pengajian tinggi yang berfokuskan pelanggan, moden, cekap dan berkualiti tinggi. Namun didakwa menumbangkan nilai-nilai teras akademik dengan penindasan oleh kelas pentadbiran era baru. Malah sebilangan kecil berani berpendapat bahawa “pemasaran” universiti dan pendidikan tinggi ini telah memupuk entiti baru dipanggil “McUniversity”. Maka penulisan ini berusaha mengupas idea tadbir urus baik sebuah universiti masa kini meliputi perancangan strategik, polisi, penanda aras, ranking, pengauditan dan penunjuk prestasi. Manakala bagi penjanaan pendapatan baru ia meliputi aspek pendidikan dan penyelidikan yang mempertaruhkan aspek ekonomi, sosial, budaya dan persekitaran. Akhir sekali penulisan cuba mengupas proses transformasi yang sedang dijalani oleh universiti awam masa kini khususnya aspek kecekapan kos dan ekonomi pengetahuan.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Civil service--Malaysia; Public administration--Malaysia; Civil service ethics--Malaysia; Government publications--Malaysia
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
L Education > L Education (General) > L7-97 Periodicals. Societies
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 03 Jan 2022 02:52
Last Modified: 03 Jan 2022 02:52
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3011

Actions (login required)

View Item View Item