Perlembagaan negara, kestabilan dan pembinaan negara bangsa

Mat Yazid, Mohd. Noor (2020) Perlembagaan negara, kestabilan dan pembinaan negara bangsa. In: Pena birokrasi. Penerbit UTHM, pp. 153-162. ISBN 978-967-2389-99-6

[img] Text
Bab13.pdf
Restricted to Registered users only

Download (109kB) | Request a copy

Abstract

Bab ini membincangkan pentingnya asas-asas utama Perlembagaan Persekutuan dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang kukuh dan menjamin kestabilan dan keharmonian negara. Sebagai undang-undang dasar sesebuah negara, perlembagaan mesti difahami dan dihayati oleh semua warganegara. Sekiranya tidak difahami dengan mendalam, ia akan membawa kesan yang buruk kepada pembinaan negara bangsa yang kuat dan stabil. Falsafah serta dasar-dasar asas sukar dilaksanakan jika ia tidak difahami oleh sebilangan besar warganegara khususnya pemimpin utama ahli politik dan pegawai-pegawai utama kerajaan. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik tertentu, beberapa ketetapan seperti Perkara 153 iaitu mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan; kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu dan; Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi adalah perlu walaupun kadangkala menimbulkan salah faham dalam kalangan penduduk yang tidak benar-benar memahami falsafah di sebalik peruntukan perkara ini. Para pemimpin utama dan ahli-ahli politik, daripada kedua-dua belah pihak sama ada pihak kerajaan atau pembangkang mesti benar-benar faham dan tegas dalam amalannya. Jika pemimpin dan ahli-ahli politik tidak bertindak tegas dan terlalu berlembut, maka matlamat perjuangan dan amalan yang digariskan sejak awal kemerdekaan sukar diamalkan dengan berkesan.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Civil service--Malaysia; Public administration--Malaysia; Civil service ethics--Malaysia; Government publications--Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
D History General and Old World > DS Asia
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 03 Jan 2022 02:55
Last Modified: 03 Jan 2022 02:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3024

Actions (login required)

View Item View Item