Ahad, Rosnee and Mustafa, Mohamad Zaid and Zaki, Mohd Hamirul Ikhwan and Abdul Razzaq, Abdul Rasid (2020) Kit pengesan kerosakan pendawaian satu fasa sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM). In: Idea dan Inovasi Projek Elektrik dan Elektronik dalam TVET. Penerbit UTHM, pp. 14-26. ISBN 978-967-2916-55-0
Text
Bab02.pdf Restricted to Registered users only Download (566kB) | Request a copy |
Abstract
Alat bahan bantu mengajar (ABBM) di dalam pendidikan amat penting pada zaman kini sebagai pemudahcara proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.Kit Pengesan Kerosakan Pendawaian Satu Fasa Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar dibangunakan bagi keperluan pelajar dan pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, bagi kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik terutama dalam topik pemeriksaan dan pengujian. Tambahan lagi dengan adanya kit Pengesan Kerosakan Pendawaian Satu Fasa ini dapat membantu dalam menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan pelajar dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana sesuatu kerosakan pada pendawaian satu fasa dikesan.Pelajar juga dapat mempraktikkan sendiri melalui amali yang dijalankan. Kit Pengesan Kerosakan Pendawaian Satu Fasa ini dirancang dengan teliti agar dapat digunakan dengan mudah dan sesuai dengan proses pembelajaran yang dijalankan. Kit Pengesan Kerosakan Pendawaian Satu Fasa ini berkendali denganmenjadikan suis kerosakan (fault switch) sebanyak sebelas suis sebagai punca mencari pelbagai kerosakan yang telah dibina. Pengujian boleh dilakukan secara praktikal bagi mengesan kerosakan samada pengujian secara mati atau secara hidup seperti pengujian keterusan, pengujian kekutuban dan pengujian rintangan penebatan. Apabila suis kerosakan dihidupkan keluaran boleh dilihat atau diuji pada lampu atau pada soket alur keluar.Setiap amali boleh dilakukan berpandukan kepada manual penggunaan dan lembaran kerja yang dibina oleh pengkaji. Secara keseluruhannya, konsep-konsep asasnya telah berjaya direka bentuk dan diperakui oleh pakar yang telah membuat penilaian. Beberapa cadangan telah diberikan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan dan seterusnya sesuai digunakan dalam situasi sebenar pada masa akan datang.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Electric apparatus and appliances; Electronics; Government publications-Malaysia |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General) T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK452-454.4 Electric apparatus and materials. Electric circuits. Electric networks T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 03 Jan 2022 04:05 |
Last Modified: | 03 Jan 2022 04:05 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3055 |
Actions (login required)
View Item |