Subaramanim, Tamil Selvan and Hisham, Muhamad Faisal (2020) Sistem pengawalan dan pegawasan pembiakan ikan laga menggunakan Internet of Things. In: Idea dan Inovasi Projek Elektrik dan Elektronik dalam TVET. Penerbit UTHM, pp. 27-33. ISBN 978-967-2916-55-0
Text
Bab03.pdf Restricted to Registered users only Download (256kB) | Request a copy |
Abstract
Penternakan ikan laga perlu memerlukan pengawalan dan pengawasan yang sistematik supaya dapat menghasilkan ikan laga yang berkualiti dan dapat meningkatkan pembiakan ikan laga. Prototaip Sistem Pembiakan Ikan laga berdasarkan IoT merupakan sistem yang mengawasi keadaan suhu dan mengawal pencahayaan semasa proses pembiakan ikan laga didalam sebuah akuarium menggunakan aplikasi Blynk melalui telefon bimbit yang di kawal dari jauh. Projek ini bertujuan untuk membangunkan, menganalisis dan menguji kebolehfungsian Sistem Pembiakan Ikan Laga Berdasarkan IoT. Model Rapid Prototyping telah digunakan sebagai panduan dalam membangunkan prototaip dimana terdapat empat (4) peringkat dalam model ini iaitu analisis keperluan objektif, membina prototaip (pembangunan), menggunakan prototaip (analisis) dan penilaian dimana setiap peringkat mempunyai kesinambungan dan berkaitan dengan pengujian. Analisis kejuruteraan telah dijalankan ke atas litar pengesan suhu sensor DHT 11, analisis litar lampu, analisis pengaturcaraan sistem dan analisis kebolehfungsian sistem serta semua sistem berfungsi dengan baik. Tiga (3) orang pakar telah menguji dari segi aspek pembangunan dan kebolehfungsian prototaip serta pakar telah memberi maklumbalas positif terhadap sistem ini. Pakar juga mencadangkan untuk penambahbaikan sistem kearah Go Green atau GSM. Pembangunan sistem ini diharap dapat memberi idea kepada penternak ikan laga atau pereka bentuk sistem untuk menginovasikan dalam industri pembiakan ikan laga.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Electric apparatus and appliances; Electronics; Government publications-Malaysia |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General) T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK452-454.4 Electric apparatus and materials. Electric circuits. Electric networks T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 03 Jan 2022 04:06 |
Last Modified: | 03 Jan 2022 04:06 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3056 |
Actions (login required)
View Item |