Rangkaian neural terhadap masalah pengkelasan (perbandingan bahasa pengaturcaraan Java dan C)

Hanafi, Hafizul Fahri and Abd Wahab, Mohd Helmy Rangkaian neural terhadap masalah pengkelasan (perbandingan bahasa pengaturcaraan Java dan C). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian terhadap otak manusia amat kompleks sekali dan masih dikaji dengan mendalam dan meluas sehingga ke ahri ini. Kebolehan otak untuk berfungsi secara selari menyebabkan komputer jauh ketinggalan ke belakang, terutamanya bagi pemprosesan yang memerlukan banyak jenis yang saling berinteraksi untuk menghasilkan satu penyelesaian. Objektif utama kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji masalah pengkelasan dari segi parameter dan pengkompil C. Perbandingan dilihat melalui dua sudut yang berbeza iaitu masa pemprosesan rangkaian ketepatan nilai output yang dijana. kajian ini mengaplikasikan teknik rambatan balik ke belakang sebagai medium kajian di dalam rangkaian neural. Perbezaan akhir ditunjukkan melalui simulasi masalah pembelajaran biasa dengan pengkompil yang berbeza. Keputusan simulasi menunjukkan bahawa pengkompil memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk kelajuan kadar penumpuan malah dapat menambahkan ketepatan output yang dijana.

Item Type:Other
Uncontrolled Keywords:pemprosesan rangkaian; teknik rambatan balik belakang dan pengkompil
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Calculating machines > QA75.5 Electronic computers. Computer science
Divisions:Faculty of Electrical and Electronic Engineering > Department of Computer Engineering
ID Code:3065
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:22 Feb 2013 15:44
Last Modified:22 Feb 2013 15:44

Repository Staff Only: item control page