Kerangka kaedah penilaian untuk “pengiktirafan pembelajaran terdahulu (recognition of prior learning - rpl)” dalam institusi berorientasikan “pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (pltv)” di Malaysia.

B. Balli, Bahril and Razzaly, Wahid Kerangka kaedah penilaian untuk “pengiktirafan pembelajaran terdahulu (recognition of prior learning - rpl)” dalam institusi berorientasikan “pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (pltv)” di Malaysia. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
585Kb

Abstract

Kajian dijalankan berdasarkan perspektif Kerangka Kelayakan Malaysia untuk merealisasikan pendidikan sepanjang hayat. Ia akan memberi peluang kepada individu yang memiliki pengetahuan dan kemahiran hasil daripada pengalaman pembelajaran lampau untuk dinilai seterusnya berpeluang mendapat sesuatu kelayakan atau berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Kajian ini menyelidik dan menganalisis kaedah penilaian iaitu memberi fokus pada domain utama RPL, komponen bagi proses penilaian RPL, dan kriteria setiap komponen bagi menghasilkan kerangka kaedah penilaian berkesan untuk RPL di Malaysia. Kajian ini menggunakan rekabentuk kaedah tinjauan dan analisis dokumen manakala pengumpulan data dilakukan secara persampelan bertujuan terhadap 73 orang pakar terpilih sebagai responden untuk menjawab borang soal selidik. Dua orang pakar dalam “pelaksanaan pembangunan kurikulum dan penilaian pembelajaran terdahulu” juga telah dipilih untuk ditemu bual. Institusi yang terlibat ialah MQA, KSM, KPTM, UTHM, UTM, OUM, dan UNITAR. Data hasil soal selidik dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif, sementara data hasil temubual pula dianalisis secara analisis matrik. Hasil analisis mendapati kesemua domain utama, komponen bagi proses penilaian, dan kriteria setiap komponen adalah diperlukan dan menjadi intipati penting untuk digunakan dalam membangunkan kerangka kaedah penilaian calon RPL. Sebuah kerangka kaedah penilaian RPL telah dihasilkan dengan berbantukan maklum balas responden dan sintesis hasil analisis. Pengkaji berharap kajian lebih mendalam dilakukan ke atas setiap elemen dalam kaedah penilaian ini dan menjadikan golongan profesional di industri sebagai responden bagi memantapkan lagi kerangka kaedah penilaian RPL dalam usaha membentuk panduan piawai bagi pelaksanaan penilaian RPL di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kerangka kaedah penilaian untuk RPL, program berorientasikan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (PLTV).
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:3090
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:07 Nov 2012 12:03
Last Modified:07 Nov 2012 12:03

Repository Staff Only: item control page