Sistem digital watermarking untuk Syawal.Creative.Works (S.C.R.E.W)

Mohd Yusoff, Yusma Anita and A. Hamid, Isredza Rahmi and Rahim, Nordiana (2020) Sistem digital watermarking untuk Syawal.Creative.Works (S.C.R.E.W). In: Tajuk-tajuk Pilihan Teknologi Maklumat. Penerbit UTHM, pp. 42-56. ISBN 978-967-2916-34-5

[img] Text
Ch05.pdf
Restricted to Registered users only

Download (932kB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan digital watermarking untuk melindungi hak cipta sesuatu imej digital semakin mendapat perhatian dan digunapakai oleh pengguna Internet. Digital watermarking wujud melalui teknik steganografi dengan memasukkan atau menerapkan maklumat tertentu ke dalam data digital yang disebut sebagai watermark. Watermark boleh berupa teks seperti maklumat hak cipta atau gambar seperti logo, data audio dan data bit. Pihak syarikat Syawal.Creative.Works (S.C.R.E.W) menghadapi masalah untuk melindungi hak cipta rekaan mereka daripada ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, bagi melindungi hak cipta reka bentuk imej grafik yang dicipta dan direka oleh mereka, Sistem Digital Watermarking untuk Syawal.Creative.Works (S.C.R.E.W) dibangunkan. Sistem ini berfungsi sebagai perisian untuk menyembunyikan maklumat hak cipta S.C.R.E.W yang berupa watermark dalam bentuk imej dan fail teks ke dalam imej. Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah metodologi Prototaip Evolusi dan bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah Matrix Laboratory (MATLAB). Secara umumnya, sistem ini telah berjaya mencapai objektif dan memenuhi skop yang telah ditetapkan.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Information technology--Research--Malaysia; Technology--Research--Malaysia; Government publication--Malaysia
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines
T Technology > T Technology (General) > T11.95-12.5 Industrial directories > T58.5-58.64 Information technology
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Information Security
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 01:54
Last Modified: 04 Jan 2022 01:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3120

Actions (login required)

View Item View Item