Nasorruddin, Nadhirah and Darman, Rozanawati and Mohmad Hassim, Yana Mazwin (2020) Sistem pengurusan rekod pekerja Butik Karisma. In: Tajuk-tajuk Pilihan Teknologi Maklumat. Penerbit UTHM, pp. 72-86. ISBN 978-967-2916-34-5
Text
Ch08.pdf Restricted to Registered users only Download (900kB) | Request a copy |
Abstract
Sistem pengurusan rekod pekerja Butik Karisma dibangunkan untuk menguruskan dan menambahbaik kecekapan proses pengurusan rekod pekerja sedia ada yang masih menggunakan kaedah tradisonal melalui konsep pengisian borang. Melalui kaedah ini, proses penyimpanan rekod memerlukan ruang storan yang besar, manakala semakan laporan hasil jualan menjadi sukar kerana pemilik perlu melakukan semakan satu demi satu di dalam kertas hasil jualan. Pemilik butik juga melakukan pengiraan gaji pekerja dan mencetak slip gaji pekerja secara konvensional. Antara fungsi-fungsi yang terdapat dalam sistem ini ialah daftar dan log masuk, mengurus rekod pekerja, mengurus jualan, mengurus cuti, mengurus gaji dan mengurus jawatan kosong. Sistem pengurusan rekod pekerja Butik Karisma juga dapat menganalisis laporan hasil jualan selain dapat menjalankan proses pengiraan gaji pekerja dan menjana cetakan slip gaji. Manfaat yang diperolehi daripada pembangunan sistem secara dalam talian ialah pemilik dapat menjimatkan masa merekod dan mengemaskini rekod pekerja. Metodologi yang digunakan bagi membangunkan sistem ini adalah Model Air Terjun. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Notepad++, Xampp, PHP, Cascading Style Sheets (CSS), JavaScript dan juga sistem pengoperasian Windows 7.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Information technology--Research--Malaysia; Technology--Research--Malaysia; Government publication--Malaysia |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines T Technology > T Technology (General) > T11.95-12.5 Industrial directories > T58.5-58.64 Information technology |
Divisions: | Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Information Security |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 04 Jan 2022 02:24 |
Last Modified: | 04 Jan 2022 02:24 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3124 |
Actions (login required)
View Item |