Technology task pelajar kolej komuniti luar bandar

Ahmad Zuhari, Siti Zubaidah and Ab Rahman, Azmanirah (2009) Technology task pelajar kolej komuniti luar bandar. In: International Conference on Teaching and Learning in Higher Education 2009 (ICTLHE09), 23-25 November 2009, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF
62Kb

Abstract

Kemahiran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan salah satu kemahiran yang diperlukan dalam melahirkan pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengendalikan teknologi ICT bagi memenuhi keperluan industri. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap kemahiran pelajar dalam technology task dan sikap pelajar terhadap ICT dalam kalangan pelajar kolej komuniti. Technology Task merujuk kepada kemahiran literasi komputer yang mengandungi 13 item penggunaan aplikasi komputer dan internet. Reka bentuk kajian ialah deskriptif kuantitatif dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 108 orang responden dipilih menggunakan prosedur rawak berlapis dan data dianalisis dengan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran ICT dalam kalangan pelajar di tiga kolej komuniti tersebut ialah sederhana, dan secara keseluruhannya menunjukkan sikap pelajar adalah positif terhadap penggunaan ICT.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:technology task, information technology and communication
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:314
Deposited By:Faizul Sahari
Deposited On:20 May 2010 12:59
Last Modified:21 Jan 2015 15:34

Repository Staff Only: item control page