Mohhd Azmi, Noor Juliana and Wahab, Eta (2020) Hubungan penerimaan teknologi dan komitmen secara normatif. In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 35-42. ISBN 978-967-2916-50-5
Text
Bab04.pdf Restricted to Registered users only Download (201kB) | Request a copy |
Abstract
Sesuatu teknologi yang baru diaplikasikan di sesebuah organisasi sering dinilai melalui fungsi dan kelebihan untuk meningkatkan produktiviti organisasi terutamanya untuk bersaing dengan organisasi lain. Organisasi mungkin tidak mengambil kira maklumbalas daripada pekerja sebelum sesuatu teknologi baru dilaksanakan. Sehubungan itu, sekiranya penggunaan teknologi maklumat ini tidak bersesuaian dengan matlamat dan misi organisasi, situasi pekerja, persekitaran, struktur dan budaya, ini akan membawa kepada dua kesan yang besar. Kesan yang pertama adalah membantutkan proses pembangunan dalam mencapai matlamat. Kesan yang kedua pula adalah ia akan menjadi menyebabkan pekerja bersikap negatif dan kurang komited untuk terus kekal dalam organisasi (Allammeh, Shavaran & Dabaghi, 2011). Ini disokong oleh Perl & Griffin (2009) yang mendapati bahawa pekerja yang mempunyai ilmu teknikal tentang komputer yang terhad akan mengalami kebimbangan dalam menggunakan komputer dan ini akan mengakibatkan mereka bersikap negatif terdapat penerimaan teknologi sekiranya pekerja ini perlu mengendalikan perisian yang baru. Kajian yang telah dilakukan oleh Murrell & Sprinkle (1993) mengenai impak sikap negatif komputer terhadap kepuasan dan komitmen pekerja secara umum menunjukkan bahawa pekerja beranggapan bahawa diri mereka tidak mampu menggunakan komputer dan tidak mahu melibatkan diri mereka dengan komputer.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Inventions-- Malaysia; Technological innovations--Malaysia; Government publications--Malaysia |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > T201-342 Patents. Trademarks H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation |
Divisions: | Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 04 Jan 2022 02:48 |
Last Modified: | 04 Jan 2022 02:48 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3151 |
Actions (login required)
View Item |