Kompetensi interpersonal dalam kalangan mahasiswa di universiti

Mustafa, Mohamad Zaid and Maznor, Mirdaa and Mohd Salleh, Kahirol and Madar, Ahmad Rizal and Abd Razzaq , Abdul Rasid and Ahad, Rosnee (2010) Kompetensi interpersonal dalam kalangan mahasiswa di universiti. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
711Kb

Abstract

Pada hari ini kemahiran kompetensi interpersonal amat diperlukan dalam kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan dan penguasaan elemen kompetensi interpersonal dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat tahap elemen penerapan dan penguasaan kompetensi interpersonal dalam tujuh indikator iaitu kemahiran melatih, kemahiran maklum balas, kemahiran menyoal, kemahiran dalam kumpulan, kemahiran berbincang, kemahiran membuat pembentangan dan kemahiran menulis dengan merujuk kepada Model HRD Pratice Mc Lagan. Seramai 66 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min, susunan mengikut peringkat dan kolerasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran dalam kumpulan yang paling tinggi dalam tahap penerapan dan penguasaan kompetensi interpersonal. Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan antara tahap penerapan elemen kompetensi interpersonal dengan penguasaan elemen kompetensi dalam kalangan pelajar dan tiada hubungan antara tahap penerapan kompetensi dengan latar belakang pendidikan sarjana muda. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan kompetensi interpersonal dalam kalangan mahasiswa di universiti.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kompetensi; kompetensi interpersonal; mahasiswa
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management > HD59-59.6 Public relations. Industrial publicity
ID Code:3153
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 Nov 2012 12:08
Last Modified:21 Jan 2015 15:25

Repository Staff Only: item control page