Syed Ahmad, Shariffah Syakilla Nisha and Abdullah, Nor Hazana and Rodzalan, Shazaitul Azreen (2020) Hubungan antara tingkah laku perkongsian pengetahuan dan tingkah laku kerja inovatif di kalangan pekerja PKS. In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 57-74. ISBN 978-967-2916-50-5
Text
Bab06.pdf Restricted to Registered users only Download (260kB) | Request a copy |
Abstract
Dalam ekonomi global yang semakin dinamik, pengetahuan menjadi sumber kepada organisasi untuk terus berkembang (Davenport & Prusak, 2005; Foss & Pedersen, 2002; Spender & Grant, 2006). Hal yang demikian, organisasi memerlukan pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan sedia menyumbang keupayaan serta berkongsi pengetahuan yang mereka ada kepada pekerja yang kurang berpengalaman atau tidak mempunyai kemahiran (Hinds, Patterson & Pfeffer, 2001). Lantaran itu, pengurusan akan lebih berkesan dan berjalan lancar jika organisasi dapat memberi penekanan dengan menggunakan kelebihan serta sumber yang ada (Damodaran & Olphert, 2000).Pengetahuan didefinisikan sebagai kefahaman, kesedaran, aturan atau kemahiran yang diperoleh daripada pemerhatian, pembelajaran dan pengalaman (Johnson et al., 2005). Dalam pada itu, sumber pengetahuan yang dieksploitasi secara efektif dapat menjana idea yang bernas dan inovatif. Seterusnya, perkongsian pengetahuan adalah proses pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain dalam sesebuah organisasi (Park & Im, 2003). Ia juga merupakan proses dalam mengumpul perkongsian pengetahuan daripada para pekerja dalam organisasi tersebut. Perkongsian pengetahuan boleh dikaitkan dengan kesediaan atau keperluan pekerja untuk menyumbang pengetahuan atau kemahiran kepada pekerja lain. Menurut kajian lepas, amalan perkongsian pengetahuan yang cekap mempengaruhi inovasi pekerja (Yu, Yanfei & Hailin, 2007).
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Inventions-- Malaysia; Technological innovations--Malaysia; Government publications--Malaysia |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > T201-342 Patents. Trademarks H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation |
Divisions: | Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 04 Jan 2022 02:51 |
Last Modified: | 04 Jan 2022 02:51 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3156 |
Actions (login required)
View Item |