Hubungan faktor demografi dan faktor literasi komputer dalam menentukan kesediaan pekerja industri terhadap e-latihan

Wan Mohamed, Wan Azlinda and Hassan, Hasmadi (2010) Hubungan faktor demografi dan faktor literasi komputer dalam menentukan kesediaan pekerja industri terhadap e-latihan. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
273Kb

Abstract

Kaedah e-latihan memerlukan suatu tahap kesediaan yang tinggi bagi memastikan manfaatnya diperolehi dan kejayaannya dikecapi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kesediaan pekerja industri terhadap kaedah e-latihan dari aspek literasi komputer dan untuk menentukan pengaruh faktor demografi dalam meramal faktor literasi komputer. Kajian yang dijalankan di Daerah Batu Pahat, Johor ini melibatkan seramai 400 orang pekerja industri elektronik, makanan, tembikar dan tekstil. Data yang diperolehi menerusi soal selidik dianalisis secara kuantitatif. Hasil kajian mendapati kesediaan pekerja industri terhadap kaedah e-latihan dari aspek literasi komputer berada pada tahap kesediaan yang sederhana. Menerusi analisis multiregresi, didapati beberapa faktor demografi berdasarkan diri pekerja yang signifikan dalam meramal faktor literasi komputer. Kesederhanaan dari aspek literasi komputer dalam kalangan pekerja induatri ini perlu diatasi bagi memastikan kaedah e-latihan yang ditekankan dalam Pelan Induk Latihan Dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020 dapat laksanakan dengan jayanya. Lantaran itu, beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan, termasuklah model konsepsual bagi tujuan penambahbaikan tahap kesediaan e-latihan di kalangan pekerja industri khususnya dari aspek literasi komputer.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Faktor Demografi, Literasi Komputer, E-latihan
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
ID Code:3156
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:07 Nov 2012 14:57
Last Modified:07 Nov 2012 14:57

Repository Staff Only: item control page