Latihan kemahiran di industri kecil dan sederhana (IKS) kepada pelatih sistem latihan dual nasional (SLDN)

Ab Rahman, Azmanirah and Esa, Ahmad and Wan Ahmad, Wan Mohd Rashid (2010) Latihan kemahiran di industri kecil dan sederhana (IKS) kepada pelatih sistem latihan dual nasional (SLDN). In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
234Kb

Abstract

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) telah diperkenalkan di Malaysia sejak 2005, merupakan satu latihan yang diadaptasi dari negara Jerman dalam memberi latihan kemahiran dalam mengeluarkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Pelatih akan menjalani latihan di industri dan pada masa yang sama akan mempelajari teori di Institusi Latihan. Namun begiitu jenis kemahiran yang disediakan oleh industri masih belum di kenal pasti dalam mengenalpasti dalam memenuhi kehendak industri terutama sektor pembuatan. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti jenis latihan kemahiran yang disediakan oleh IKS kepada pelatih SLDN . Latihan kemahiran yang difokuskan adalah aspek pengetahuan dan teknikal. Sampel kajian adalah seramai 50 orang majikan yang terlibat dalam SLDN dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan jenis latihan pengetahuan yang diperlukan ialah kemahiran komunikasi dan pengurusan maklumat manakala latihan kemahiran teknikal yang diperlukan ialah kemahiran teknik kerja, kemahiran pengurusan projek, kemahiran pengurusan penyelenggaraan, kemahiran kawalan kualiti dan kemahiran pengurusan masalah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:3157
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:25 Feb 2013 14:12
Last Modified:04 Mar 2013 15:47

Repository Staff Only: item control page