Pembinaan koswer multimedia interaktif dari sudut keusahawanan

Khalid, Mohd Sazali and Alias, Maizam and Razally, Wahid and Yamin, Sulaiman and Md Nor, Helmy Adly (2010) Pembinaan koswer multimedia interaktif dari sudut keusahawanan. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
377Kb

Abstract

Pendedahan pelajar kepada ABM dari ciptaan teknologi merupakan suatu yang lumrah. Walaubagaimanapun kos membeli alat bantuan mengajar adalah tinggi terutama yang datang dari negara luar. KPM dan KPTM mencuba mengawal perbelanjaan sedemikian dengan mengalu-alukan ciptaan ABM dan seterusnya menggalakan iklim keusahawanan. Objektif kertaskerja ini ialah menerangkan proses pembangunan satu koswer multimedia interaktif bagi maksud membantu meningkatkan kemahiran konsep matematik bagi menyelesaikan masalah matematik berayat. Kaedah kajian adalah dari aspek kuantitatif dan kualitatif yang mana telah dibuat dalam kalangan 137 pelajar Politeknik Kota Bharu (KPTM) pada tahun 2006. Langkah-langkah pembinaan koswer adalah diadaptasikan mengikut teori Hermann Brain Dominance Model. Ujian Pra dan Pasca telah dijalankan bagi membuktikan keberkesanan CDiCL setelah digunakan dalam kalangan empat kumpulan pelajar. Dapatan adalah mereka yang menggunakan CD sahaja telah berjaya mengatasi kumpulan-kumpulan CDiCL, konvensional dan Pembelajaran Kolaboratif. Keputusan statistik deskriptif melalui pakej SPSS 12.0 menunjukkan kumpulan CD sahaja mendapat purata peningkatan skor tertinggi sebanyak 14.1; diikuti dengan kumpulan CDiCL 11.97; kumpulan Konvensional 9.48 dan kumpulan Pembelajaran Kolaboratif PK 8.43. Melalui kaedah ANCOVA di mana skor ujian pra adalah kovariat dan skor ujian Pasca adalah pembolehubah bersandar didapati bahawa perbezaan interaksi antara kumpulan dan tahap pencapaian pelajar-pelajar adalah tidak mempunyai perbezaan bersignikan statistik (p> 0.05). Keputusan ini dicapai dengan mengambil kira pembangunan koswer adalah 100% dalam Bahasa Inggeris. Sebanyak 28 siri temubual dalam kalangan pelajar tentang kebaikan penggunaan koswer ini di dalam topik aljabar sahaja di mana elemen kerja berpasukan dan bahasa pengantaraan koswer di dalam BI diketengahkan. Didapati koswer ini mempunyai potensi digunakan di dalam PnP matematik di dalam mana-mana bilik darjah jika bahasa pengantaraan adalah di dalam bahasa ibunda, tidak memberi fokus sepenuhnya hanya kepada penyelesaian matematik berayat sahaja dan adanya penyediaan soalan berbentuk rawak yang memenuhi prinsip teksonomi Bloom.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:koswer; usahawan; aljabar; Politeknik Kota Bharu; pembelajaran kolaboratif
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions:Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Software Engineering
ID Code:3167
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:25 Feb 2013 14:44
Last Modified:21 Jan 2015 15:23

Repository Staff Only: item control page