Penerapan nilai keusahawanan: satu kajian kes ke atas program kemahiran tingkatan 1 (KAT 1) Di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat

Mohd Basir, Mohd Ali Shah and Basiron, Ismail and Othman, Eidee and Hashim, Mohd Noor (2010) Penerapan nilai keusahawanan: satu kajian kes ke atas program kemahiran tingkatan 1 (KAT 1) Di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
524Kb

Abstract

Keusahawanan tidak mempunyai definisi yang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin (multi-disciplinary)dan tidak terbatas kepada motif perniagaan semata-mata. Nilai teras kecemerlangan MRSM yang inginkan pejalar menjiwai ciri-ciri kecemerlangan seorang usahawan yang berjaya seperti nilai Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik (SIKAP) dapat meningkatkan daya juang pelajar dalam mencapai kecemerlangan insaniah, kecemerlangan akademik dan kecemerlangan kemahiran matapelajaran khusus. Ciri-ciri perlu dikuasai dengan cepat oleh pelajar baru, terutama pelajar-pelajar Tingkatan Satu untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti harian di sekolah berasrama penuh seperti MRSM Batu Pahat. Kajian kes ini mendokumenkan pengalaman pelaksanaan Program Kemahiran Asas Tingkatan Satu ( KAT 1 ) di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat dan cabaran yang ditempuhi berkaitan dengan pelaksanaan KAT 1 ini. Sasaran KAT 1 adalah 90 peratus pelajar Tingkatan Satu Ambilan 2009 mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.0 (Skor A dalam semua matapelajaran). Tinjauan melalui pemerhatian pengkaji dan temubual responden (persampelan penuh) melibatkan keseluruhan 150 pelajar Tingkatan Satu sesi Ambilan tahun 2009. Program KAT 1 2009 berjaya mencapai GPS 1.8 atau 60 peratus pelajar mendapat semua A dalam matapelajaran Tingkatan Satu. Program KAT 1 berjaya meninkatkan kualiti pelajar dalam penguasaan kemahiran akademik, kemahiran khusus matapelajaran dan kemahiran insaniah positif, disamping berfungsi sebagai petunjuk berkesan untuk program intervensi penambahbaik berterusan oleh pihak pihak pentadbir dan guru-guru Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Modul KAT 1; model kurikulum terbeza; acelerated and compacting learning; soft skills
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:3171
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:25 Feb 2013 14:54
Last Modified:21 Jan 2015 15:46

Repository Staff Only: item control page