Reka bentuk dan pembinaan koswer lukisan kejuruteraan berasaskan model madeline hunter bagi mata pelajaran isometri tingkatan empat

Arihasnida, Ariffin and Siti Nur Kamariah, Rubani and Teh, Hui Ping (2010) Reka bentuk dan pembinaan koswer lukisan kejuruteraan berasaskan model madeline hunter bagi mata pelajaran isometri tingkatan empat. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
446Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah koswer Lukisan Kejuruteraan bagi mata pelajaran Isometri menggunakan pendekatan Model Madeline Hunter. Model Madeline Hunter lebih menerapkan kepada pembelajaran secara terancang dan Direct Instruction. Pengaplikasian model ini di dalam koswer membantu meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik pengajaran sebelum didedahkan kepada praktikal atau topik yang seterusnya. Apabila sesebuah koswer itu di bina secara lebih terancang, pelajar lebih mudah berinteraksi dengan koswer dan mudah untuk menggunakannya secara bersendirian ataupun berkumpulan. Menurut Ismail (2002) mengatakan bahawa koswer merupakan satu alternatif baru ke arah mempelbagaikan media pengajaran melalui pendekatan teknologi. Di dalam setiap topik, pelajar akan didedahkan dengan pendekatan pembelajaran yang bermakna seperti, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi, demonstrasi dan juga kuiz berperingkat. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Powerpoint 2007, Microsoft Office Word 2007, Windows Movie Maker dan Adobe Photoshop CS2. Koswer ini berpotensi meningkatkan kefahaman dan pengalaman bagi setiap individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin membangun.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Isometri, Model Madeline Hunter, pembelajaran secara terancang, Direct Instruction
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
ID Code:3191
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:08 Nov 2012 09:28
Last Modified:08 Nov 2012 09:28

Repository Staff Only: item control page