“I See You” programme; the role of tvet teachers in the application of mastery learning modules in kemahiran hidup bersepadu (khb; integrated living skills) at Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor.

Subawi@Fendi, Irrinna Shakinah and Mohd. Ismail, Haslina and Md. Nasir, Hafiza and Hashim, Mohd Noor (2010) “I See You” programme; the role of tvet teachers in the application of mastery learning modules in kemahiran hidup bersepadu (khb; integrated living skills) at Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
629Kb

Abstract

Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan peranan yang utama dalam memastikan sesuatu pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan atau tidak. Walaupun pembelajaran masteri berpusatkan pelajar, namun peranan guru yang berkesan juga menyumbang kepada kecemerlangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan peranan guru dalam menjayakan program “I See You” di SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor. Program “I See You” adalah satu program intervensi akademik pelajar menggunakan pendekatan pembelajaran masteri dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009. Seramai 64 pelajar dari 155 pelajar mendapat gred C dan D dalam peperiksaan percubaan PMR 2009. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian 64 pelajar dalam kelompok gred Gred C dan D, mewakili sebanyak 41.29 peratus dari keseluruhan 155 calon Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) PMR 2009. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mendokumenkan proses dan kejayaan program. Sasaran utama pemerhatian pengkaji adalah ke atas 64 pelajar (100 peratus) lemah (Gred C dan D) dalam percubaan PMR 2009. Pemerhatian dibuat menggunakan rekabentuk eksperimen melibatkan gred mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) bagi individu responden dalam peperiksaan percubaan PMR (Ujian Pra) dan PMR 2009 sebenar (Ujian Pasca). Dapatan kajian menunjukkan seramai 63 responden (98.44 peratus) responden berjaya mendapat gred A dan B dalam peperiksaan PMR 2009. Pencapaian matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) ini selari dengan data unjuran sekolah iaitu untuk mencapai 155 calon (70.78 peratus) mendapat A dalam PMR 2009. Nisbah responden yang bersetuju dengan pendekatan pembelajaran masteri berjaya membantu pelajar berpencapaian rendah adalah 52 orang (80 peratus). Kesimpulan kajian ini mendapati peranan guru dalam program “I See You” mendapat penerimaan yang baik sebagai 179 program intervensi meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekolah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Peranan guru, Pembelajaran Masteri, “I See You”, Pencapaian, Persepsi.
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB0001 General
ID Code:3198
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:08 Nov 2012 09:16
Last Modified:08 Nov 2012 09:16

Repository Staff Only: item control page