Kajian stres dalam kalangan pelajar wanita program Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Mustafa, Mohamad Zaid and Suradin, Ali and Muhammad, Siti Sarah and Madar, Ahmad Rizal and Razzaq, Abdul Rashid (2009) Kajian stres dalam kalangan pelajar wanita program Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). In: International Conference on Teaching and Learning in Higher Education 2009 (ICTLHE09), 23-25 November 2009, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF
135Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti punca dan tahap stres, simptom stres yang dialami dan langkah untuk menangani stres serta perbezaan tahap stres di antara tiga fakulti kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini melibatkan seramai 245 orang sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar wanita tahun akhir program Sarjana Muda Kejuruteraan yang telah dipilih secara rawak dari tiga fakulti kejuruteraan di UTHM iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Kajian yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh sampel kajian. Data yang telah di kumpul, di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 15 (SPSS) secara deskriptif dan inferensi seperti skor min, peratusan dan ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa punca utama stres dalam kalangan pelajar wanita tahun akhir ialah disebabkan oleh faktor peribadi atau hubungan interpersonal (min 3.5034), diikuti oleh faktor persekitaran pembelajaran (min 3.5004) dan faktor akademik atau pembelajaran (min 3.4917). Manakala, simptom yang sering dialami ialah letih atau tidak bermaya dan langkah menangani stres yang biasanya digunakan oleh kebanyakan pelajar wanita adalah mendekatkan diri dengan Tuhan. Ujian ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga fakulti kejuruteraan di UTHM dari aspek tahap stres yang dialami pelajar wanita tahun akhir, di mana nilai yang di perolehi ialah lebih besar daripada 0.05. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap stres pelajar wanita kejuruteraan di UTHM adalah berada pada tahap sederhana. Oleh yang demikian pelajar-pelajar perlu bijak dalam menangani masalah berkaitan stres ini supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan mudah dan tenang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:stress di IPTA
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:322
Deposited By:Faizul Sahari
Deposited On:24 May 2010 10:45
Last Modified:21 Jan 2015 16:16

Repository Staff Only: item control page