Aplikasi pembelajaran haiwan menggunakan teknik visualisasi

Mahari, Syafiqah Mardhiah and Md Fudzee, Mohd Farhan and Ismail, Mohd Norasri and Ismail, Azizan and Mahdin, Hairulnizam and Jofri, Muhamad Hanif (2020) Aplikasi pembelajaran haiwan menggunakan teknik visualisasi. In: Sistem dan aplikasi multimedia – pembangunan terkini. Penerbit UTHM, pp. 17-25. ISBN 978-967-2916-52-9

[img] Text
Bab02.pdf
Restricted to Registered users only

Download (403kB) | Request a copy

Abstract

Pada masa kini, aplikasi mudah alih semakin mendapat perhatian dan populariti. Namun begitu, kandungan aplikasi pembelajaran yang dibangunkan oleh pembangun tempatan masih kurang. Oleh itu, Aplikasi Pembelajaran Haiwan Menggunakan Teknik Visualisasi untuk platform mudah alih ini dibangunkan. Aplikasi ini bertujuan untuk membenarkan kanak-kanak bermain sambil belajar menggunakan telefon mudah alih. Ini akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan aplikasi pembelajaran di platform mudah alih. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan model ADDIE sebagai metodologi pembangunan disebabkan ianya bersesuaian dengan konsep pembelajaran yang digunakan di dalam aplikasi ini. Model ini melibatkan 5 fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa implementasi dan fasa penilaian. Aplikasi ini telah diuji oleh beberapa pengguna sasaran yang dipilih secara rawak. Berdasarkan pengujian, semua responden bersetuju setuju bahawa aplikasi telah berfungsi dengan baik dan memenuhi objektif pembangunan aplikasi. Kesimpulannya, matlamat projek bagi mereka bentuk kandungan sebuah aplikasi pembelajaran haiwan yang diberi nama Animalia dengan menggunakan teknik visualisasi dalam platform mudah alih adalah berjaya.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Application software—Development; Internet programming; Multimedia systems; Technological innovations; Government publication--Malaysia
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 06:41
Last Modified: 04 Jan 2022 06:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3230

Actions (login required)

View Item View Item