Permainan mudah alih #Oh!Hiking

Johari, Natasya and Murli, Norhanifah and A. Hamid, Rahayu and Wahid, Noorhaniza (2020) Permainan mudah alih #Oh!Hiking. In: Sistem dan aplikasi multimedia – pembangunan terkini. Penerbit UTHM, pp. 43-49. ISBN 978-967-2916-52-9

[img] Text
Bab05.pdf
Restricted to Registered users only

Download (552kB) | Request a copy

Abstract

Aktiviti pendakian merupakan antara aktiviti luar yang menjadi pilihan oleh rakyat Malaysia terutamanya yang gemar aktiviti lasak dan mencabar serta meminati suasana rimba. Sehingga kini, terdapat banyak sumber maklumat berkaitan pendakian secara atas talian. Namun begitu, kebanyakan maklumat tersebut adalah berasaskan teks dan kurang dalam bentuk permainan mudah alih. Selain itu adalah agak sukar untuk mendapat maklumat pendakian di dalam Bahasa Melayu. Justeru itu, aplikasi permainan mudah alih #Oh!Hiking ini dibangunkan untuk pelantar Android. Objektif utama pembangunan aplikasi ini adalah untuk menyediakan satu alternatif kepada pengguna yang ingin mendapatkan maklumat serta mempelajari keperluan untuk aktiviti pendakian melalui permainan mudah alih. Metodologi Game Development Life Cycle dipilih untuk pembangunan aplikasi ini kerana ia bersesuaian dengan jenis aplikasi yang dibangunkan. Aplikasi ini telah diuji oleh pengguna sasaran yang dipilih secara rawak. Pengujian dilakukan dari segi penerimaan pengguna, kebolehfungsian aplikasi dan tahap persembahan aplikasi. Hasil pengujian menunjukkan pengguna dapat menerima dengan baik aplikasi ini serta bersetuju bahawa kebolehfungsian dan tahap persembahan aplikasi adalah baik. Kesimpulannya, aplikasi #Oh! Hiking telah berjaya dibangunkan dengan memaparkan permainan Android yang mempunyai ciri-ciri pendakian yang dapat memberi pendedahan, pengetahuan baru dan gambaran awal tentang pendakian melalui medium penyampaian yang lebih santai iaitu di telefon mudah alih.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Application software—Development; Internet programming; Multimedia systems; Technological innovations; Government publication--Malaysia
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 06:55
Last Modified: 04 Jan 2022 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3242

Actions (login required)

View Item View Item