Kita tutup aurat! : aplikasi pembelajaran menutup aurat untuk kanak-kanak

Seman@Othman, Suhaila and A. Hamid, Rahayu and Wahid, Noorhaniza and Murli, Norhanifah (2020) Kita tutup aurat! : aplikasi pembelajaran menutup aurat untuk kanak-kanak. In: Sistem dan aplikasi multimedia – pembangunan terkini. Penerbit UTHM, pp. 50-59. ISBN 978-967-2916-52-9

[img] Text
Bab06.pdf
Restricted to Registered users only

Download (474kB) | Request a copy

Abstract

Menutup aurat adalah salah satu kewajipan dalam agama Islam. Oleh itu, pemahaman konsep menutup aurat adalah asas yang perlu dipelajari pada usia muda. Namun begitu, kanak-kanak hanya belajar menutup aurat mengikut konsep teori pembelajaran sahaja di sekolah. Kanak-kanak sukar mengikuti dan memahami pembelajaran yang menggunakan konsep teks dan fakta. Justeru itu, aplikasi pembelajaran yang berkonsepkan pembelajaran mudah alih (m-pembelajaran) yang dinamakan “Kita Tutup Aurat!” mengenai aurat untuk kanak-kanak ini dibangunkan. Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan model ADDIE kerana kesesuaiannya dalam pembangunan aplikasi pembelajaran. Pengujian aplikasi telah dijalankan oleh 30 responden dari kalangan kanak-kanak sekolah rendah sekitar Parit Raja serta beberapa orang guru. Hasil pengujian menunjukkan lebih 70% responden bersetuju aplikasi yang dibangunkan merupakan satu pendekatan menarik dalam mempelajari dan memahami konsep menutup aurat dalam Islam. Kesimpulannya, aplikasi telah berjaya mencapai objektif yang telah ditentukan kerana ia menepati kehendak pengguna dan mempunyai fungsi-fungsi yang terkandung dalam skop sistem. Secara keseluruhan, implementasi aplikasi pembelajaran ini berpotensi untuk dijadikan kaedah alternatif dalam memahami konsep aurat sekaligus mendidik kanak-kanak untuk menutup aurat dengan sempurna.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Application software—Development; Internet programming; Multimedia systems; Technological innovations; Government publication--Malaysia
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 06:56
Last Modified: 04 Jan 2022 06:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3243

Actions (login required)

View Item View Item