Azuddin, Mohammad Nursi and Othman, Muhammad Fakri and Senan, Norhalina and Suparjoh, Suriawati (2020) Aplikasi permainan mudah alih Vespa Ventures. In: Sistem dan aplikasi multimedia – pembangunan terkini. Penerbit UTHM, pp. 84-91. ISBN 978-967-2916-52-9
Text
Bab09.pdf Restricted to Registered users only Download (455kB) | Request a copy |
Abstract
Perkembangan terkini dalam dunia teknologi maklumat, terdapat banyak aplikasi permainan yang dibangun berasaskan sukan permotoran dalam perkembangan terkini teknologi maklumat. Ini kerana ramai yang meminati sukan permotoran di seluruh dunia. Antara jenis motosikal yang diminati ramai ialah Vespa klasik. Namun begitu, golongan muda pada masa kini semakin melupakan motosikal klasik ini kerana munculnya banyak model motosikal baharu. Atas tujuan inilah Aplikasi Permainan Mudah Alih Vespa Ventures ini dibangunkan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pengguna telefon pintar. Selain itu permainan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali jenis-jenis motosikal Vespa yang ada. Metodologi yang digunakan untuk pembangunan aplikasi ini adalah model prototaip evolusi. Model ini mengandungi enam fasa iaitu fasa perancangan, fasa analisa, fasa rekabentuk, fasa pembangunan prototaip, fasa pengujian dan fasa penilaian aplikasi. Pengujian aplikasi telah dilakukan oleh ahli Kelab Vespa yang berumur 13 tahun hingga 25 tahun di sekitar Batu Pahat. Hasil pengujian menunjukkan 74% responden setuju bahawa permainan ini menarik dan 80% responden agak setuju dan setuju bahawa mereka dapat mempelajari sesuatu melalui aplikasi ini. Secara kesimpulannya, aplikasi yang dibangunkan ini mencapai objektif yang ditetapkan.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Application software—Development; Internet programming; Multimedia systems; Technological innovations; Government publication--Malaysia |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation |
Divisions: | Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 04 Jan 2022 07:06 |
Last Modified: | 04 Jan 2022 07:06 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3246 |
Actions (login required)
View Item |