Kefahaman pelajar institusi pengajian tinggi terhadap permasalahan gangguan seksual : satu tinjauan di kalangan pelajar KUiTTHO

Abdullah, Rohaila (2002) Kefahaman pelajar institusi pengajian tinggi terhadap permasalahan gangguan seksual : satu tinjauan di kalangan pelajar KUiTTHO. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
ROHAILA ABDULLAH - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
ROHAILA ABDULLAH - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (368kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ROHAILA ABDULLAH - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, kita sering didedahkan dengan isu gangguan seksual. Kewujudan Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja, membantu mempercepatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kewujudan isu ini. Gangguan seksual merupakan antara masalah sosial yang semakin dibimbangi kerana kesannya terhadap mangsa sangat serius sehingga ada yang mengalaminya sanggup berhenti keija bagi mengelakkannya daripada terns berulang. Walau bagaimanapun agak sukar untuk menangani masalah ini kerana rata-rata tidak ramai yang menganggapnya penting melainkan mereka yang terlibat dan menjadi mangsa kejadian. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui mengenai kefahaman pelajar institusi pengajian tinggi mengenai pemasalahan gangguan seksual. Ini dilakukan bagi tujuan mengenalpasti sama ada mereka mempunyai maklumat dan pengetahuan yang berkaitan atau tidak. Golongan pelajar adalah pelapis masyarakat, jika pada peringkat ini kesedaran telah wujud nescaya permasalahan ini mudah untuk dibendung. Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn merupakan responden dan mereka dikehendaki menjawab soal selidik yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu demografi, kejadian gangguan seksual, konsep gangguan seksual, penerimaan terhadap permasalahan gangguan seksual dan pengetahuan mengenai undang-undang yang berkaitan dengan gangguan seksual. Melalui analisa dan keputusan didapati bahawa wujud perbezaan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempersepsikan gangguan seksual itu sendiri. Selain itu rata-rata pelajar kurang mengetahui mengenai tingkah laku-tingkah laku yang dikategorikan sebagai gangguan seksual. Ini menunjukkan tahap kefahaman pelajar mengenai isu ini masih rendah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC189-214.53 Educational sociology > LC212-212.863 Discrimination in education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 02 Nov 2021 02:25
Last Modified: 02 Nov 2021 02:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3260

Actions (login required)

View Item View Item