Tinjauan amalan pengurusan masa di kalangan pelajar lemah dan cemerlang dalam sistem penasihat akademik pensyarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi

Mohd, Lilina (2003) Tinjauan amalan pengurusan masa di kalangan pelajar lemah dan cemerlang dalam sistem penasihat akademik pensyarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
LILINA BINTI MOHD - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (317kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
LILINA BINTI MOHD - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
LILINA BINTI MOHD - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Kajian ini dibuat bertujuan untuk melihat sejaulimana amalan pengurusan masa pelajar cemerlang dan lemah dalam gaya pembelajaran serta kehidupan seharian di KUiTTHO. Kajian ini juga melihat perbezaan pandangan pelajar dalam menguruskan masa yang berkaitan dengan proses pembelajaran. Pelajar seringkali menghadapi masalah dalam menguruskan masa dengan baik. Ekoran dari permasalahan ini, kajian telah dilakukan untuk mendapatkan kaedah penyelesaian. Terdapat 129 set soal selidik telah diedarkan kepada responden bagi memenuhi kajian ini. Dalam kajian ini, penyelidik mengggunakan kaedah kuantitatif untuk mendapatkan data. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat perbezaan amalan dan pandangan pengurusan masa pembelajaran antara pelajar cemerlang dan lemah. Antara perbezaan amalan pelajar cemerlang berbanding dengan pelajar lemah ialah mereka cenderung bertanya pensyarah dan kawan-kawan jika menghadapi masalah dalam pelajaran. Ketika waktu lapang pula mereka cenderung kepada aktiviti-aktiviti bersukan dan lain-lain. Jadual masa harian atau penggunaan diari merupakan satu pendekatan yang dicadangkan dan boleh dipraktikkan agar masa dapat diatur dengan sistematik. Oleh itu, kebijaksanaan pelajar menguruskan masa dengan berkesan merupakan faktor kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD72-88 Economic growth, development, planning
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 02 Nov 2021 03:17
Last Modified: 02 Nov 2021 03:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3283

Actions (login required)

View Item View Item