Hubungan antara jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar sekolah menengah teknik

Esa, Ahmad and Mohamed Yusof, Anizam and Yasak, Zurina and Mohamad , Siti Khatijah and Md Jidi, Kamarulzaman (2009) Hubungan antara jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar sekolah menengah teknik. In: 14th International Conference on Education, 21-24 May 2009, Universiti Brunei Darussalam.

[img]
Preview
PDF
201Kb

Abstract

Membaca merupakan elemen yang penting dalam proses pembelajaran kerana membaca merupakan asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran utama yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, belum ada lagi kajian yang melibatkan jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, satu kajian mengenai sejauh mana jenis bahan bacaan memberi kesan ke atas gaya pembelajaran pelajar dijalankan. Kajian yang dijalankan melibatkan empat buah sekolah menengah teknik yang mewakili pelajar tingkatan empat bagi sekolah menengah teknik seluruh semenanjung Malaysia dan responden seramai 445 orang. Sampel kajian diperoleh dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan melibatkan indikator pengukuran bagi jenis bahan bacaan dan gaya pembelajaran yang diamalkan. Hasil analisis yang dijalankan daripada data yang diperoleh mendapati bahawa, bahan bacaan komik menjadi bahan bacaan utama pelajar. Namun tahap pembacaan keseluruhan pelajar adalah masih di peringkat sederhana. Gaya pembelajaran yang paling tinggi diamalkan oleh pelajar adalah gaya pembelajaran secara pragmatis diikuti oleh gaya pembelajaran reflektif. Daripada analisis yang dijalankan didapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara jenis bahan bacaan yang dibaca dengan gaya pembelajaran yang diamalkan. Gaya pembelajaran reflektif dilihat mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan bahan bacaan politik yang dibaca pelajar. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa jenis bahan bacaan yang dibaca mempengaruhi gaya pembelajaran yang diamalkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:3307
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 Jan 2013 15:30
Last Modified:21 Jan 2015 15:56

Repository Staff Only: item control page