Penerapan kemahiran employability dalam kalangan pelajar politeknik

Hassan , Suria Sindhi Shariati and Esa , Ahmad (2011) Penerapan kemahiran employability dalam kalangan pelajar politeknik. In: Seminar Pasca Ijazah 2011, 25 Oktober 2011, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
53Kb

Abstract

Kemahiran employability merupakan satu kemahiran yang penting dalam dunia pekerjaan di era globalisasi. Kepesatan pembangunan di Malaysia pada masa kini menuntut lebih banyak tenaga kerja tetapi masalah pengangguran masih juga berlaku. Majikan biasanya menggariskan beberapa kriteria pekerja yang dikehendaki seperti menguasai kemahiran komunikasi, kemahiran teknologi, kemahiran menyelesaikan masalah, mempunyai keyakinan diri dan bertanggungjawab tetapi graduan didapati kurang menguasai kemahiran-kemahiran tersebut menyebabkan majikan tidak berminat untuk mengambil mereka sebagai pekerja. Jadi, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti elemen dan tahap kemahiran employability yang diterapkan oleh pensyarah dalam kalangan pelajar di Politeknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berserta tahap penguasaan kemahiran employability oleh pelajar. Disamping itu kajian ini melihat perbezaan terhadap penguasaan kemahiran employability antara jantina. Kajian ini merupakan kajian jenis tinjauan. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar di tiga buah politeknik di Semenanjung Malaysia iaitu Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Sultan Idris Shah dan Politeknik Kota Melaka. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang telah diedarkan kepada 364 orang pelajar dan 260 orang pensyarah dan temu bual sebagai sokongan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 16.0.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:3310
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 Jan 2013 15:16
Last Modified:04 Mar 2013 15:42

Repository Staff Only: item control page