Teori kepemimpinan fleksible sebagai alternatif kepada pencapaian cemerlang sekolah pada dekad 2020: satu model konsep

Mohamad, Baharom and Esa, Ahmad and Ab Hadi, Mohd Yusop and Hashim, Jamaluddin and Mohamad, Mimi Mohayfiza (2009) Teori kepemimpinan fleksible sebagai alternatif kepada pencapaian cemerlang sekolah pada dekad 2020: satu model konsep. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
88Kb

Abstract

Teori gaya kepemimpinan yang fleksible menyumbang kepada pencapaian cemerlang sekolah. Teori ini berkait rapat dengan peranan guru besar dalam sekolah tersebut. Tiga faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian prestasi cemerlang sekolah ialah kecekapan, sumber manusia, dan kebolehubahsuai dalam sekolah tersebut. Guru Besar memainkan peranan utama untuk memastikan serta memanipulasikan ketiga-tiga faktor berkenaan bagi mencapai prestasi yang diingini. Di samping tiga faktor utama tersebut, terdapat juga kriteria-kriteria lain yang turut mempengaruhi pencapaian sekolah seperti gaya kepemimpinan yang dipraktiskan di dalam sekolah, program-program pengurusan, struktur organisasi sekolah, dan inisiatif-inisiatif luar. Keperluan program dan sistem pengurusan di dalam organisasi sekolah haruslah diselaraskan dengan objektif sekolah dan perlulah bersesuaian dengan situasi semasa. Keberkesanan pencapaian sekolah memerlukan kerjasama dalam kalangan guru besar-guru besar, dan mereka mestilah fleksible dengan perubahan yang berlaku. Teori gaya kepemimpinan yang fleksible menekankan hubungan dan keperluan pemimpin (Guru Besar) dalam mengawal faktor-faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sekolah serta keperluan ke arah kerjasama sesama mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:3314
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 Jan 2013 15:09
Last Modified:04 Mar 2013 15:58

Repository Staff Only: item control page