Komunikasi dalam matematik dalam kalangan kanak-kanak

Mohamad, Baharom and Esa , Ahmad and Ab Hadi , Mohd Yusop and Hashim, Jamaluddin and Warman, Sarebah (2009) Komunikasi dalam matematik dalam kalangan kanak-kanak. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009, 26-27 Oktober 2009, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
90Kb

Abstract

Komunikasi adalah sangat penting dalam pendidikan matematik. Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik perlu mengikut perkembangan kognitif murid. Dalam matematik urutan proses pembelajaran sepatutnya diikuti, iaitu dari penggunaan bahan konkrit (enaktif) kepada penggunaan perwakilan gambar (ikonik) sebelum murid diperkenalkan kepada simbol (simbolik). Penggunaan bahasa yang betul memudahkan proses komunikasi murid dengan bahasa matematik di samping boleh memperbetulkan salah faham konsep murid terhadap istilah matematik yang digunakan dalam bilik darjah. Dengan memahami bahasa matematik murid akan dapat berkomunikasi dengan berkesan semasa belajar matematik. Komunikasi sebenarnya adalah sebahagian dari hubungan dengan proses pembelajaran matematik. Guru mengetahui bagaimana berkomunikasi dengan kanak-kanak dan seterusnya bagaimana menggunakan bahan-bahan yang ada di persekitaran mereka untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pembelajaran matematik komunikasi yang berkesan ialah komunikasi yang boleh menghasilkan perkongsian idea, konsep dan tingkahlaku yang bermakna kepada murid di mana murid mendapat makna hasil interaksi mereka dengan guru, sesama mereka dan dengan bahan-bahan yang ada di sekitar mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1101 Child study
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:3316
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 Jan 2013 15:05
Last Modified:04 Mar 2013 15:55

Repository Staff Only: item control page