Penggunaan ICT dalam kalangan pelajar kejuruteraan elektrik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Misdi , Masita and Mohamad, Baharom and Esa, Ahmad and Mohd Nor, Siti Norsuraya (2009) Penggunaan ICT dalam kalangan pelajar kejuruteraan elektrik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009, 26-27 Oktober 2009, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
43Kb

Abstract

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan pemacu strategik bagi menyokong dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Penekanan yang lebih diberikan kepada usaha untuk meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam pelbagai sektor terutama pendidikan dalam kalangan pelajar memberi tumpuan kepada penggunaan ICT. Kajian ini dijalankan untuk menerokai dan memahami beberapa aspek berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan elektrik di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Aspek yang dikaji termasuklah sikap, tahap kemahiran ICT dan hubungan di antara kedua-duanya. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan reka bentuk kualitatif di mana kaedah pengumpulan data dijalankan menggunakan kaedah temubual. Perisian NVivo versi 2.0 digunakan untuk membantu mengorganisasikan data yang diperoleh supaya mudah dianalisis dan diinterpretasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap penggunaan ICT adalah berdasarkan keperluan dan minat. Manakala, tahap kemahiran ICT dalam kalangan pelajar adalah baik. Ini menunjukkan terdapat hubungan antara sikap dan tahap kemahiran ICT dalam kalangan partisipan. Justeru, kemajuan dan kemahiran ICT dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menyiapkan diri untuk melangkah masuk di peringkat global.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:3317
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 Jan 2013 15:03
Last Modified:04 Mar 2013 15:58

Repository Staff Only: item control page