Fungsi dan peranan komunikasi berimplikatur dalam budaya masyarakat Melayu Islam

Anis, Mohd Aris and Esa, Ahmad (2012) Fungsi dan peranan komunikasi berimplikatur dalam budaya masyarakat Melayu Islam. In: World Conference on Islamic Thought 2012, 11-12 September 2012, Ipoh, Perak.

[img]
Preview
PDF
79Kb

Abstract

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi bahasanya. Penggunaan bahasa tersirat atau komunikasi berimplikatur terpancar dalam pertuturan dan penulisan. Walau bagaimanapun kajian mengenainya amat kurang dilakukan.Kajian ini bertujuan untuk meninjau fungsi implikatur dalam komunikasi masyarakat Melayu Islam. Kertas kerja ini akan meneliti kajian-kajian lepas berkaitan dengan komunikasi berimplikatur melalui analisis Teori Relevans dengan menggunakan teks Sejarah Melayu bagi mensahihkan pernyataan tentang tajuk yang dikaji. Komunikasi berimplikatur yang terdapat dalam teks tersebut akan dicungkil bagi memudahkan pemahaman dan mengetahui fungsi sebenar penggunaanya dalam masyarakat Melayu tradisional. Kaedah utama penyelidikan yang akan digunakan adalah kaedah analisis kandungan (Content Analysis Method) di mana penyelidik akan menggunakan teks sejarah Melayu yangg diselenggara oleh W.G Shellabear sebagai subjek kajian.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:komunikasi berimplikatur; masyarakat Melayu Islam; sejarah Melayu
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:3322
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 Jan 2013 14:52
Last Modified:21 Jan 2015 15:44

Repository Staff Only: item control page