Agam, Mohd Arif and Kamarulzaman, Robijah (2015) Genius Menggapai PhD. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0764-16-0
Text
Buku 2015 (2).pdf Restricted to Registered users only Download (177kB) | Request a copy |
Abstract
Buku ini mengupas persoalan bagaimana keilmuan diterokai, yang sebenarnya berbentuk rawak atau “chaos”. Memahami Teori Chaos, mampu memberikan kita kesedaran bahawa setiap elemen terkecil jika dibiarkan berlarutan atau dilaksanakan secara berterusan, bakal memberikan ledakan situasi dan peluang. Kejayaan menggapai PhD, adalah bermula dengan kefahaman sikap menghargai elemen usaha terkecil yang bakal membawa kita kepada kejayaan memperolehi PhD, atau apa juga kejayaan yang ingin kita lakarkan. Kreativiti melakukan projek kecil seperti pengumpulan artikel, penulisan definasi dan penerangan istilah kedalam fail indeks, adalah langkah-langkah kreativiti kecil yang sebenarnya berperanan menghasilkan ledakan kejayaan. Contoh ledakan bom atom, adalah disebabkan langkah kecil memecutkan neutron dan menghentam atom uranium secara rawak, dimana setiap pecutan neutron menghasilkan 3 lagi neutron yang terpecut. Inilah gambaran bagaimana satu usaha kecil kita, akan menerbitkan lagi pelbagai kemungkinan dan kejayaan. Buku ini mengupas persoalan bagaimana keilmuan diterokai, yang sebenarnya berbentuk rawak atau “chaos”. Memahami Teori Chaos, mampu memberikan kita kesedaran bahawa setiap elemen terkecil jika dibiarkan berlarutan atau dilaksanakan secara berterusan, bakal memberikan ledakan situasi dan peluang. Kejayaan menggapai PhD, adalah bermula dengan kefahaman sikap menghargai elemen usaha terkecil yang bakal membawa kita kepada kejayaan memperolehi PhD, atau apa juga kejayaan yang ingin kita lakarkan. Kreativiti melakukan projek kecil seperti pengumpulan artikel, penulisan definasi dan penerangan istilah kedalam fail indeks, adalah langkah-langkah kreativiti kecil yang sebenarnya berperanan menghasilkan ledakan kejayaan. Contoh ledakan bom atom, adalah disebabkan langkah kecil memecutkan neutron dan menghentam atom uranium secara rawak, dimana setiap pecutan neutron menghasilkan 3 lagi neutron yang terpecut. Inilah gambaran bagaimana satu usaha kecil kita, akan menerbitkan lagi pelbagai kemungkinan dan kejayaan. Buku ini mengupas persoalan Teori Chaos dan bagaiamana ianya berfungsi dalam melakarkan kejayaan menggapai PhD. Buku ini menyentuh bagaimana melihat Teori Chaos dan peranannya dalam pembelajaran peringkat tinggi, seperti menggapai PhD. Buku ini sebenarnya boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, malahan pelajar sekolah rendah dan menengah, dalam memahami bagaimana sesuatu kejayaan penerokaan ilmu dapat dimulakan hanya dengan memulakan suatu langkah yang tergambarkan sebagai suatu titik. Seolah-olah seperti permaianan titik atau pixel sesebuah gambar, lagi banyak titik dihubung atau kepadatan titik berlainan warna (“pixel”) dipertingkatkan, maka semakin jelaslah gambaran atau gambaran kejayaan yang akan kita ciptakan.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | General Academics |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education |
Divisions: | Faculty of Applied Science and Technology > Department of Physics and Chemistry |
Depositing User: | Admin PTTA |
Date Deposited: | 23 Jan 2022 04:37 |
Last Modified: | 23 Jan 2022 04:37 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3324 |
Actions (login required)
View Item |