Penilaian keberkesanan kit pengajaran transistor bagi aliran vokasional

Ab. Halim, Haizum Hanim and Lai, Chee Sern Penilaian keberkesanan kit pengajaran transistor bagi aliran vokasional. In: Seminar Pasca Ijazah yang Pertama 2011, 25 Oktober 2011, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
51Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah kit pengajaran transistor sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) untuk meningkatkan kefahaman pelajar bagi topik transistor di Sekolah Menengah Vokasional (SMV). Kajian ini berbentuk kuasieksperimen yang melibatkan dua kumpulan pelajar tingkatan empat yang mengambil kursus Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pra-ujian dan pasca-ujian akan direka dan dibangunkan untuk menilai tahap kefahaman pelajar bagi topik transistor. Praujian yang berbentuk soalan aneka pilihan akan diberikan untuk memastikan keseragaman tahap pengetahuan responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Pasca-ujian akan diberikan selepas rawatan dan hasil kajian akan menunjukkan kesan pengajaran yang menggunakan ABBM terhadap kefahaman pelajar. Kit pengajaran ini dijangka dapat digunakan oleh guru di sekolah menengah vokasional bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar dalam topik transistor bagi matapelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik tingkatan empat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:penilaian keberkesanan;kit pengajaran;pengajaran transistor
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:3325
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:07 Mar 2013 16:30
Last Modified:07 Mar 2013 16:30

Repository Staff Only: item control page