Pembangunan dan penilaian kualiti modul pembelajaran kendiri kemahiran berfikir dan peta minda buzan

Tee , Tze Kiong and Md Yunos, Jailani and Othman, Widad and Mohamad, Baharom and Yee , Mei Heong and Mohamad, Mimi Mohaffyza Pembangunan dan penilaian kualiti modul pembelajaran kendiri kemahiran berfikir dan peta minda buzan. In: Seminar Pasca Ijazah dalam Pendidikan 2011, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
312Kb

Abstract

Penggunaan modul pembelajaran kendiri merupakan satu pendekatan alternatif dan berupaya memberi sumbangan yang signifikan ke atas pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, keunikan reka bentuk modul pembelajaran kendiri mengambil kira dan menekankan aspek perbezaan individu, minat dan kemampuan pelajar dalam proses pembelajaran. Satu usaha untuk membangun dan melaksanakan pendekatan pembelajaran modular ke atas kemahiran berfikir dan Peta Minda Buzan telah dilakukan. Kertas kerja ini akan membincangkan model pembangunan modul pembelajaran kendiri yang merujuk kepada Model Meyer. Fleiss's Kappa digunakan untuk menganalisis nilai kebolehpercayaan antara penilai di mana nilai kebolehpercayaan borang penilaian kualiti modul - pakar ke atas Modul Kemahiran Berfikir dan Peta Minda Buzan masing-masing ialah κ = .64 dan κ = .72 mewakili persetujuan malar antara penilai. Di samping itu, nilai kebolehpercayaan Alpha α = .85 dan .87 masing-masing diperolehi menerusi hasil analisis maklum balas 36 orang pelajar yang menggunakan borang penilaian kualiti modul – pelajar ke atas Modul Kemahiran Berfikir dan Peta Minda Buzan. Analisis ke atas respon lapan orang pakar (kandungan dan reka bentuk) menunjukkan kesemua 34 item yang merangkumi item berhubung reka bentuk dan kandungan adalah berada pada respon memuaskan dan sangat memuaskan. Dalam pada itu, secara umumnya, kesemua 36 orang pelajar juga memberi respon positif ke atas format dan kandungan kedua-dua buah modul.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:modul pembelajaran kendiri;kemahiran berfikir;peta minda Buzan;kualiti
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:3331
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:07 Mar 2013 14:38
Last Modified:18 Jan 2016 16:28

Repository Staff Only: item control page