Latihan dan mentoring tenaga pengajar sijil modular kebangsaan di kolej komuniti

Che Razali, Che Munira and Mohamad, Mimi Mohaffyza (2012) Latihan dan mentoring tenaga pengajar sijil modular kebangsaan di kolej komuniti. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional CIE-TVT 2012, 25-26 September 2012, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan .

[img]
Preview
PDF
321Kb

Abstract

Perubahan sistem pendidikan dan latihan di institusi latihan teknik dan vokasional menyebabkan perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah. Perubahan sistem pendidikan ini juga turut mempengaruhi tahap kemahiran, pengetahuan dan kompetensi tenaga pengajar di institusi tersebut. Institusi latihan kemahiran seperti Kolej Komuniti perlu sentiasa peka dan inovatif terhadap pendidikan dan latihan tenaga pengajar untuk memastikan kemahiran dan pengetahuan tenaga pengajar sentiasa relevan dengan sistem pendidikan. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, transformasi telah dilakukan terhadap Kolej Komuniti di mana perubahan sistem pendidikan latihan dan kemahiran sijil sepenuh masa kepada Sijil Modular Kebangsaan. Kertas kerja ini membincangkan cadangan kajian yang akan dijalankan bagi program Sijil Modular Kebangsaan khusus bagi kemahiran sedia ada tenaga pengajar dan keperluan latihan bagi memenuhi piawaian program. Tujuan utama kajian ini perlu dijalankan adalah untuk mengkaji perlaksanaan latihan kemahiran terhadap tenaga pengajar modular dan maklum balas terhadap latihan yang diterima seterusnya membina kerangka latihan yang bersesuaian dengan keperluan latihan tenaga pengajar sijil modular kebangsaan. Objektif kajian ini juga adalah untuk menganalisis kemahiran sedia ada pensyarah sama ada memenuhi kehendak piawaian Sijil Modular Kebangsaan, mengenalpasti bentuk latihan yang telah dijalani oleh tenaga pengajar dan menganalisis persepsi tenaga pengajar terhadap latihan yang diterima. Rekabentuk kajian ini adalah kajian bukan eksperimental dan kuantitatif deskriptif menggunakan instrumen soal selidik dan disokong dengan dapatan temubual. Kajian akan di jalankan di Kolej Komuniti Wilayah Timur yang menjalankan program Pemasangan Elektrik, Aplikasi Perisian Komputer dan Rangkaian Komputer.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:latihan,pensyarah; Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:3369
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:27 Feb 2013 10:51
Last Modified:21 Jan 2015 16:09

Repository Staff Only: item control page