Penerapan pembelajaran sepanjang hayat melalui pelaksanaan pendidikan asas vokasional

Azmi, Nur Iwani and Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam (2012) Penerapan pembelajaran sepanjang hayat melalui pelaksanaan pendidikan asas vokasional. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional CiETVET 2012, 25-26 September 2012, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

[img]
Preview
PDF
387Kb

Abstract

Kertas konsep ini menjelaskan pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional yang merupakan satu aliran pendidikan dalam sistem persekolahan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Akademik Harian. Fokus utama adalah kupasan berkaitan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam Pendidikan Asas Vokasional yang bersesuaian dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan aspek psikomotor dan kemahiran tangan yang dilaksanakan dalam persekitaran vokasional sepenuhnya. Struktur kurikulum Pendidikan Asas Vokasional merangkumi tiga komponen iaitu Jati Diri, Teknologi Vokasional dan juga Kemahiran Vokasional selain dari Kemahiran Keusahawanan yang diajar secara merentas kurikulum sepanjang tiga tahun pengajian yang menjurus kepada pembinaan jati diri, pengembangan kompetensi keusahawanan dan pembangunan kompetensi kemahiran vokasional. Pembentukan masyarakat yang berilmu melalui penerapan pembelajaran sepanjang hayat turut diketengahkan dengan menjelaskan pelbagai aktiviti pembelajaran dalam Pendidikan Asas Vokasional yang boleh diikuti ke akhir hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan kepada individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kertas konsep ini turut mengemukakan isu dan cabaran dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional demi mencapai hasrat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad ini, pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa peka serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Akhir sekali, diharapkan melalui penerapan pembelajaran sepanjang hayat ini mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, berkemahiran, bersedia dengan alam dunia pekerjaan dan akan menjadi tenaga kerja yang berkemampuan untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan ekonomi negara.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran sepanjang hayat; pendidikan asas vokasional
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:3394
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:28 Feb 2013 14:28
Last Modified:21 Jan 2015 15:46

Repository Staff Only: item control page