Transformasi politeknik: kesediaan pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke arah penubuhan Universiti Politeknik

Abdul Rashid, Nur Soleha (2012) Transformasi politeknik: kesediaan pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke arah penubuhan Universiti Politeknik. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan LAtihan Teknikal dan Vokasional CIE-TVT 2012, 25-26 September 2012, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

[img]
Preview
PDF
134Kb

Abstract

Pelancaran Transformasi Politeknik telah melahirkan tiga Politeknik yang dinaik taraf kepada Politeknik Premier yang akan menjadi ‘change agent’ dalam mentransformasikan politeknik secara menyeluruh seterus mewujudkan Universiti Politeknik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke arah penubuhan Universiti Politeknik. Skop kajian ini melibatkan aspek kepimpinan, pengurusan dan budaya warga. Seramai 324 orang pensyarah telah dipilih secara rawak sebagai responden yang merupakan staf akademik dari semua jabatan mengajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Kajian ini berbentuk deskriptif iaitu menggunakan teknik peninjauan ke atas sampel yang dikaji dan instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Borang soal selidik untuk kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A, dan bahagian B. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0 pada bahagian A bagi mendapatkan kekerapan dan peratus untuk setiap item yang disediakan, manakala Perisian WinStep dengan kaedah Rasch Model analysis pada bahagian B. Pengujian Differential Item Functioning (DIF) pula digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke arah penubuhan Universiti Politeknik. Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pensyarah di PSA ini adalah tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan diantara jabatan - jabatan mengajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenaan dengan kesediaan pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke arah penubuhan Universiti Politeknik. Adalah menjadi harapan agar kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu terutama sekali kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mengangkat taraf pembangunan ilmu di dalam institusi politeknik ke peringkat lebih tinggi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:transformasi politeknik; universiti politeknik; politeknik premier
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
ID Code:3425
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:28 Feb 2013 15:57
Last Modified:21 Jan 2015 15:40

Repository Staff Only: item control page