Pembangunan kerangka strategi dalam penyelesaian harta tanah Al-Mafqud di Malaysia

Sulaiman, Muhammad Azwan (2017) Pembangunan kerangka strategi dalam penyelesaian harta tanah Al-Mafqud di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MUHAMMAD AZWAN SULAIMAN.pdf

Download (10MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD AZWAN SULAIMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (10MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMMAD AZWAN SULAIMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB) | Request a copy

Abstract

Orang hilang atau istilah dalam bahasa arab dikenali sebagai al-Mafqud merupakan golongan yang tidak pasti keadaan sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Isu al-Mafqud menjadi perhatian semenjak tragedi MH 370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014. Namun, isu al-Mafqud ini sebenarnya bukan hanya menimbulkan persoalan dari aspek status sahaja, bahkan turut menimbulkan persoalan mengenai isu pengurusan harta milik al-Mafqud. Hal ini kerana, sepanjang tempoh kehilangan al-mafqud tersebut, hartanya dibekukan. Menurut laporan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), harta tanah al-Mafqud mencecah nilaian berbillion ringgit. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai masalah yang semakin kritikal dan amat sukar untuk diselesaikan di mana boleh menyebabkan kesan buruk kepada masyarakat Islam. Dalam masa yang sama, jika harta itu diuruskan dengan bijak, ia akan memberi kesan yang positif kepada masyarakat, ekonomi dan pendidikan umat Islam. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada pembekuan harta al-Mafqud di Malaysia. Skop kajian adalah harta tak alih al-Mafqud atau dikenali sebagai harta tanah al-Mafqud. Seterusnya objektif kedua ialah mengkaji kesan dan implikasi terhadap pembekuan harta tanah al-Mafqud. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnnya dengan penggunakan kaedah grounded theory. Seramai 10 responden terlibat dalam kajian menerusi persampelan bertujuan yang terdiri daripada pihak pewaris al-Mafqud dan wakil pihak berwajib. Data yang diperolehi di analisis dengan bantuan perisian Atlas.Ti. Hasil kajian mendapati empat punca utama pembekuan harta tanah al-Mafqud iaitu isu perundangan, kedudukan sosial, sikap, dan kelemahan agensi. Kajian mendapati isu ini telah membawa kesan dan implikasi kepada isu permilikan, pembangunan dan ekonomi, kualiti hidup dan pengurusan harta tanah. Ini jelas menunjukkan kesan pembekuan harta tanah al-Mafqud memberi impak yang besar kepada agama, pewaris dan negara. Manakala objektif ketiga ialah menggariskan cadangan kepada kerangka strategi penyelesaian terhadap harta tanah al-Mafqud di Malaysia. Antaranya kerangka strategi ini ialah aspek Pemerkasaan Perundangan, penubuhan Suruhanjaya, Pembentukan agensi khas dan pendekatan melalui kempen dan pendidikan. Wujudnya cadangan kerangka strategi penyelesaian ini di harap dapat membantu pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan pembekuan harta tanah al-Mafqud di Malaysia dan boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD50-50.5 Delegation of authority. Decentralization. Span of control
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 22 Jul 2021 07:36
Last Modified: 22 Jul 2021 07:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/344

Actions (login required)

View Item View Item