Peranan PBM dalam penerapan ke terhadap budaya keusahawanan pelajar universiti awam di Malaysia

Sulaiman, Abdullah and Kadir, Hamdan and Nik Mahmood, Nik Hasna and Buntat, Yahya and Othman, Hasyamuddin (2010) Peranan PBM dalam penerapan ke terhadap budaya keusahawanan pelajar universiti awam di Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
472Kb

Abstract

Budaya keusahawanan amat penting serta perlu sebagai pemangkin untuk membangunkan negara selaras dengan era globalisasi. Kemahiran Employability (KE) merupakan elemen utama dalam meningkatkan budaya keusahawanan. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) menjadi wadah penting untuk menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia. Walaupun elemen keusahawanan itu tidak diajar secara langsung tetapi ianya diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan penggunaan PBM ini. Oleh itu, kajian adalah perlu untuk melihat pelaksanaan p&p berasaskan PBM dan hubungan KE dengan budaya keusahawanan pelajar kejuruteraan Universiti Awam. Kajian dijalankan ke atas pelajar tahun tiga di UTeM yang mengambil subjek kejuruteraan industri. Kaedah kajian adalah secara kuasi-experimental terhadap dua kumpulan iaitu; 1. kumpulan kawalan dan 2. kumpulan treatmen. Dapatan kajian dengan jelas menunjukkan kumpulan treatmen yang menggunakan kaedah PBM menunjukkan peningkatan penguasaan KE. Diharapkan dapatan kajian ini boleh digunakan oleh pihak pengurusan akademik universiti untuk membangun budaya usahawan melalui PBM yang akan menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti untuk negara.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:3545
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:03 Apr 2013 08:56
Last Modified:21 Jan 2015 15:28

Repository Staff Only: item control page