Antara menjunjung tradisi dan menzahir perubahan: kelestarian UMNO dalam teras upaya-bina negara bangsa

Ku Halim, Ku Hasnan (2012) Antara menjunjung tradisi dan menzahir perubahan: kelestarian UMNO dalam teras upaya-bina negara bangsa. In: Regional Conference on Cross Cultural Communication and National Integration 2012 (RECCNI2012), 19-21 June 2012, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF
1643Kb

Abstract

Kertas ini ditulis bertujuan untuk memaparkan bagaimana sebuah Parti politik UMNO yang berteraskan kepada etnik Melayu, juga merupakan tonggak kepada kerjasama politik Barisan Nasional dau negara Malaysia di mana presidennya juga merupakan Perdana Menteri tetapi senantiasa melakukan perubahan demi perubahan dan tidak menafikan hak-hak etnik lain di dalam negara yang didiami bersama diwaktu yang sama juga tidak mengenepikan asas dan asal perjuangan parti semenjak penubuhannya. Tempoh jangka masa 66 tahun bukanlah waktu yang lama bagi sesebuah negara, namun dalam tempoh singkat tersebut Malaysia telah berjaya mencapai banyak tanda aras kecemerlangan daripada sebuah negara yang terjajah kepada sebuah negara yang bebas merdeka, daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri dan daripada sebuah negara yang rata-rata warganya hidup di kawasan luar bandar dalam kemiskinan kepada negara di mana majoriti warganya di kawasan bandar dan berada di dalam kelas menengah. Parti politik UMNO sebagai sebuah parti politik terbesar memainkan peranan yang sangat utama serta penting di dalam merealisasikan transformasi ini. Kebijaksanaan amat diperlukan agar senantiasa berada dihati rakyat dalam urusan mengorban, mencairkan ataupun mengakrabi agar yang dikendong tidak berciciran dan di kejar tak dapat.Menafikan atau sehaliknya, jelas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah berjaya di dalam agenda perjuangannya memperjuang, membina, memperkasa, menandingi-tegas bicara, memelihara dan pada ketika yang sama intipati itu turut disumbangkan oleh lawan-seterunya atas nama pembinaan negara bangsa yang di idamkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:UMNO; integrasi; kesepaduan; etnik; gagasan 1Malaysia
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:3549
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:13 Mar 2013 12:20
Last Modified:21 Jan 2015 16:20

Repository Staff Only: item control page