Nilai transformasi komuniti mah meri dalam pelancongan peribumi

Roddin, Rohayu and Yusof, Yusmarwati and Awang, Halizah and Warman, Sarebah (2017) Nilai transformasi komuniti mah meri dalam pelancongan peribumi. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 3 (6). pp. 47-57. ISSN 2462-1714

[img] Text
AJ 2017 (506).pdf
Restricted to Registered users only

Download (416kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Orang Asli Mah Meri merupakan kumpulan etnik Orang Asli daripada kumpulan Senoi. Mereka mempunyai kemahiran dari aspek ukiran berasaskan kayu dan anyaman. Keunikan hasil mereka telah mendapat permintaan dari pelancong tempatan dan juga luar negara. Produk ukiran kayu yang dihasilkan oleh mereka adalah seperti ukiran patung, topeng dan hiasan yang diperbuat daripada spesis kayu Nyireh Batu dan Kayu Pulai. Manakala produk anyaman seperti bakul, gelang, penanda buku, bujam dan bakul berduri dihasilkan daripada spesis pandan, daun nipah dan bahan lain. Selain itu, mereka juga mempunyai kumpulan tarian yang dikenali kumpulan tarian Jo Oh dan sering membuat persembahan sama ada di Perkampungan Budaya ataupun di majlis-majlis keramaian di luar penempatan mereka. Komuniti ini telah melalui satu proses transformasi yang membawa kejayaan kepada komuniti mereka. Melalui peralihan ini telah membawa nilai perubahan positif kepada mereka dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang menjana potensi dan kejayaan mereka dalam pelancongan peribumi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Transformasi; Orang Asli; Pelancongan Peribumi
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 21 Nov 2021 04:02
Last Modified: 21 Nov 2021 04:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3631

Actions (login required)

View Item View Item