Yusof, Yusmarwati and Roddin, Rohayu and Warman, Sarebah (2017) Pembangunan profil standard kebangsaan bagi kemahiran informal orang asli malaysia demi kelestarian warisan etnik. Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB), 1 (2). pp. 190-202. ISSN 0126-8147
Text
AJ 2017 (507).pdf Restricted to Registered users only Download (421kB) | Request a copy |
Abstract
Kemahiran informal orang Asli merupakan potensi semulajadi yang telah menghasilkan banyak produk seni dan kraf yang telah berjaya menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Sebahagiannya telah berjaya memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa. Namun begitu, mereka tidak memperolehi sebarang pengiktirafan yang mampu dijadikan satu standard dalam kemahiran vokasional Orang Asli. Bidang seni kraf ini telah banyak dipelopori oleh ramai kelompok etnik, namun tiada satu standard yang seragam dalam aktiviti kemahiran ini. Oleh itu, satu profil standard yang selaras dengan kemahiran kebangsaan perlu dibangunkan sebagai panduan dalam pembentukan silibus kemahiran hasil dari kemahiran informal golongan ini. Pendekatan kajian ialah rekabentuk kajian kes secara penerokaan. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan pengumpulan dokumen. Kajian akan dilakukan di penempatan Mah Meri (Selangor), Jakun (Pahang) dan Semai (Johor). Profil ini diharapkan merupakan satu usaha ke arah memelihara dan memuliharan khazanah warisan etnik, disamping membantu orang asli memajukan diri dan mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kemahiran Informal; Orang Asli; Standard Kebangsaan |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Miss Nur Rasyidah Rosli |
Date Deposited: | 21 Nov 2021 04:08 |
Last Modified: | 21 Nov 2021 04:08 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3632 |
Actions (login required)
View Item |