Fabrication and characterisation of sandwich composites of glass fiber skin and polyurethane foam reinforced coconut coir fiber core

Azmi, Mohd Azham (2012) Fabrication and characterisation of sandwich composites of glass fiber skin and polyurethane foam reinforced coconut coir fiber core. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1069Kb

Abstract

Kajian ini tertumpu kepada fabrikasi dan perincian ke atas komposit sandwic berpermukaan komposit gentian kaca dan berteras busa poliuretana yang diperkuat gentian sabut kelapa. Objektif utama kajian ini adalah mengkaji sifat – sifat fizikal dan mekanikal komposit sandwic dan menjelaskan kesan penggunaan gentian sabut kelapa keatas busa poliuretana dan panel komposit sandwic. Panel komposit sandwic terdiri dari dua bahagian, iaitu permukaan komposit gentian kaca yang dihasilkan melalui proses pengacuanan tekanan dan teras busa poliuretana yang dihasilkan melalui kaedah pengacuanan berputar. Kedua – dua bahagian ini disatukan menggunakan perekat epoksi pada tekanan 100 KPa. Gentian sabut kelapa digunakan untuk memperkuat busa poliuretana yang akan digunakan sebagai teras komposit sandwich. Peratusan berat gentian sabut kelapa yang digunakan adalah daripada 5%berat sehingga 20 %berat. Dari kajian yang dijalankan, didapati bahawa penggunaan gentian sabut kelapa telah meningkatkan prestasi sifat teras poliuretana dan komposit sandwic. Sifat – sifat fizikal dan mekanikal teras busa poliuretana dan komposit sandwic mencapai peningkatan optimum pada 5 %berat gentian sabut kelapa. Walaubagaimanapun sumbangan gentian sabut kelapa terhadap peningkatan prestasi hanya terhad pada 5 %berat kerana prestasi sifat mekanikal bahan menurun apabila melepasi komposisi ini. Ketumpatan komposit sandwic menurun sebanyak 32.41% pada komposisi 5 %berat gentian sabut kelapa yang mana mempunyai ketumpatan yang rendah dan menyumbang kepada penghasilan panel bahan yang ringan. Daya maksimum, tegasan ricih, dan modulus bagi komposit sandwic menunjukkan peningkatan masing – masing sebanyak 12.69%, 29.46% dan 12.97% pada peratusan gentian sabut kelapa 5 %berat. Ini menunjukkan bahawa sifat – sifat komposit sandwic dapat dipertingkatkan dengan peranan penguat didalam busa poliuretana yang menahan tegasan ricih secara melintang.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TP Chemical technology > TP1080-1185 Polymers and polymer manufacture
ID Code:3714
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Jun 2016 10:46
Last Modified:20 Jun 2016 10:46

Repository Staff Only: item control page