Membugar harapan pemersatuan atau menanti masa ditalkinkan atas nama bernegara? Di mana Bahasa Melayu dalam pemupukan jati diri bangsa setelah 55 tahun merdeka

Ku Halim, Ku Hasnan (2012) Membugar harapan pemersatuan atau menanti masa ditalkinkan atas nama bernegara? Di mana Bahasa Melayu dalam pemupukan jati diri bangsa setelah 55 tahun merdeka. In: Persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka, 26-27 November 2012, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
1388Kb

Abstract

Bangsa mentakrif Negara atau Negara mencipta Bangsa. Satu Bahasa, Satu Negara, Satu Bangsa, Bahasa kita, Jiwa kita, wajah kita dan orang kita ataupun Majunya Bangsa, maka Majulah Bahasa. Ini adalah antara ontologi perbahasan yang masih mendasari epistimologi dan polemik dalam dasawarsa cendekiawan di pentas-pentas ilmiah. Negara Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British tanggal 31 Ogos 1957. Satu suruhanjaya dikenali dengan Suruhanjaya Reid telah ditugaskan untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu. Akhirnya, Perlembagaan Persekutuan terhasil setelah beberapa mesyuarat dan persidangan dilakukan untuk mendapat maklumbalas. Perlembagaan Persekutuan mempunyai 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual yang menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak dll. Kesemua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dipersetujui oleh Para pengasas Negara yang dikenali sebagai kontrak sosial. Sebagai balasan bagi orang bukan Melayu diberi hak kerakyatan secara jus soli, empat perkara diberi hak secara mutlak kepada orang Melayu iaitu: agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan keistimewaan orang Melayu (1957) dan Bumiputera Sabah & Sarawak (1963) dan kedudukan Raja-raja Melayu. Empat perkara ini tidak boleh dibincang secara terbuka dan sesiapa yang mempertikaikan peruntukan tersebut secara terbuka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.Kertas ini di tulis bertujuan untuk membicarakan peranan, hambatan dan isu-isu semasa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan setelah 55 tahun bernegara dan masih berusaha menempatkan posisinya di dalam mentakrif negara bangsa dalam konteks Malaysia. Kata kunci: Bahasa,

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:bahasa; perpaduan;, etnik; politik; solidariti; kebangsaan; Bahasa Melayu; bahasa pemersatu
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:3843
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 May 2013 08:43
Last Modified:21 Jan 2015 16:21

Repository Staff Only: item control page