Daripada ethno etnik kepada negara sivik: tradisi dan melestarikan; UMNO dalam teras upaya-bina negara bangsa idaman

Ku Halim, Ku Hasnan (2012) Daripada ethno etnik kepada negara sivik: tradisi dan melestarikan; UMNO dalam teras upaya-bina negara bangsa idaman. In: Persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka, 26-27 November 2012, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
555Kb

Abstract

Menurut Sir Winston Chuchill Demokrasi adalah satu cara pemerintahan yang paling buruk, namun tidak ada sebarang cara lain yang lebih baik daripada itu.Jean Jacques Rosseau seorang pemikir politik Perancis abad ke 18 pernah berkata jika ada satu masyarakat yang terdiri daripada dewa-dewa, masyarakat itu akan dapat diperintah secara Demokrasi, pemerintahan yang begitu sempurna itu tidak sesuai untuk manusia. Presiden Amerika Syarikat ke-16, Abraham Lincoln (1861-1865) pernah mengungkapkan satu madah masyhur yang berbunyi, demokrasi ini adalah daripada rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat.’ Atas nama Demokrasi jugalah makanya kertas ini ditulis bertujuan untuk memaparkan bagaimana sebuah Parti politik UMNO yang berteraskan kepada etnik Melayu, juga merupakan tonggak kepada kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan negara Malaysia di mana presidennya juga merupakan Perdana Menteri tetapi senantiasa melakukan perubahan demi perubahan dan tidak menafikan hak-hak etnik lain di dalam negara yang didiami bersama diwaktu yang sama juga tidak mengenepikan asas dan asal perjuangan parti semenjak penubuhannya. Tempoh jangka masa 66 tahun bukanlah waktu yang lama bagi sesebuah negara, namun dalam tempoh singkat tersebut Malaysia telah berjaya mencapai banyak tanda aras kecemerlangan daripada sebuah negara yang terjajah kepada sebuah negara yang bebas merdeka, daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri dan daripada sebuah negara yang rata-rata warganya hidup di kawasan luar bandar dalam kemiskinan kepada negara di mana majoriti warganya di kawasan bandar dan berada di dalam kelas menengah. Parti politik UMNO sebagai sebuah parti politik terbesar memainkan peranan yang sangat utama serta penting di dalam merealisasikan transformasi ini.Kebijaksanaan amat diperlui agar senantiasa berada dihati rakyat dalam urusan mengorban, mencairkan ataupun mengakrabi agar yang dikendong tidak berciciran dan di kejar tak dapat. Menafikan atau sebaliknya, jelas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah berjaya di dalam agenda perjuangannya memperjuang, membina, memperkasa, merundingi-tegas bicara, memelihara dan pada ketika yang sama intipati itu turut di sumbangkan oleh lawan-seterunya atas nama pembinaan negara bangsa yang di idamkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:politik etnisiti; negara bangsa; UMNO;integrasi; kesepaduan; etnik; gagasan 1 Malaysia
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:3844
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 May 2013 12:08
Last Modified:21 Jan 2015 16:20

Repository Staff Only: item control page