Kesan pembelajaran berasaskan masalah terhadap penguasaan kemahiran generik dan pencapaian akademik pelajar di Politeknik Malaysia

Awang, Halizah (2010) Kesan pembelajaran berasaskan masalah terhadap penguasaan kemahiran generik dan pencapaian akademik pelajar di Politeknik Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2214Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap penguasaan kemahiran generik (dari aspek kemahiran berfikir kreatif, kemahiran kerjasama kumpulan, kemahiran komunikasi lisan dan kemahiran membuat keputusan) dan pencapaian akademik pelajar di Politeknik Malaysia. Kajian kuasi-eksperimen dijalankan ke atas 120 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam yang mengikuti mata pelajaran Mekanik Struktur 2. Kumpulan pelajar melibatkan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dan kajian ini meliputi sepuluh minggu pengajaran dan pembelajaran dalam Fasa 1 dan Fasa 2 dan lapan minggu dalam Fasa 3 sepanjang program Latihan Industri. Praujian dan pascaujian dilaksanakan dan dapatan kajian dianalisis menggunakan ANCOVA, korelasi Pearson, regresi dan analisis frekuensi. Data penguasaan kemahiran generik dan pencapaian akademik pelajar dianalisis menggunakan ANCOVA. Skor kemahiran generik dikorelasikan dengan pencapaian mata pelajaran Mekanik Struktur 2 manakala skor penerimaan pelajar terhadap PBM diiorelasikan dengan aplikasi kemahiran generik dalam perlaksanaan Program Latihan Industri. Analisis regresi digunakan untuk mengukur pengaruh kemahiran generik terhadap pencapaian akademik pelajar dalam Mekanik Struktur 2. Analisis frekuensi digunakan untuk mengukur peratus penerimaan pelajar terhadap PBM. Hasil kajian menunjukkan kesan aplikasi PBM terhadap penguasaan kemahii generik dan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Mekanik Struktur 2 adalah signifikan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:3929
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:28 May 2013 11:13
Last Modified:28 May 2013 11:13

Repository Staff Only: item control page